Seni & Sukan 14 May, 2022

Jiwa gadis bergetar! Dikejutkan pinangan lelaki lain! Sehari sebelum bernikah dengan kekasihnya!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

JIWA Pinky bergetar-getar selepas dipinang oleh seorang lelaki secara mengejut. - Kredit foto: TikTok @pinkyswear398


SEORANG gadis menjadi bingung serta jiwanya bergetar-getar apabila dia dipinang secara mengejut oleh seorang lelaki lain sehari sebelum wanita itu akan melangsungkan perkahwinannya dengan kekasihnya.

Lelaki terbabit adalah senior kepada kekasihnya dan dikatakan berkedudukan berbanding calon suami (kekasih) gadis itu.

Kejadian yang tidak diduga tanpa dinyatakan tempat itu dialami seorang gadis berkenaan pemilik akaun TikTok  bernama @pinkyswear398 yang dipercayai tinggal di Sumatera Barat, Indonesia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis pernikahan

Kredit foto: TikTok @pinkyswear398



Pada 8 Mei 2022 lalu, Pinky memuat naik video peristiwa yang tidak disangkakan terjadi ke atas dirinya sehari sebelum menjelang pernikahannya

Malam sebelum akad nikah pada pagi esok, Pinky menerima tetamu yang tidak diundang membuatkan jiwanya bergetar serta keluarganya terkejut.

Portal berita Tribunnews.com pada 10 Mei 2022 lalu dipetik berkata, tetamu yang dimaksudkan itu adalah seorang lelaki bertugas di sebuah jabatan kerajaan.

Pada awalnya, Pinky menyangka lelaki itu datang ke rumahnya untuk mengucapkan ‘Selamat Pengantin Baharu’ tetapi sebaliknya untuk melamar gadis itu. 

Tragedi sebelum menikah,” begitu keterangannya dalam video yang dimuat naik ke akaun TikTok @pinkyswear398.


Kredit foto: TikTok @pinkyswear398


Tidak disangka lelaki terbabit rupanya sudah lama terpikat dan memendam rasa terhadap Pinky.

Namun, tindakannya melamar Pinky secara mengejut sehari sebelum gadis itu akan berkahwin dengan kekasihnya supaya dia tidak menyesal.

Kalaulah lelaki itu tidak melamar gadis itu, sudah pasti di hatinya merasa menyesal seumur hidup kerana sebelum itu dia asyik memendam rasa seorang diri terhadap Pinky itu boleh dikatakan akan ‘memakan’ dirinya sendiri sekiranya ia tidak diluahkan kepada keluarga gadis itu

Walaupun lelaki itu sudah menduga pinangannya dari awal lagi akan ditolak oleh keluarga Pinky tetapi lelaki itu tetap berpuas hati dan tidak merasa malu sekurang-kurangnya cinta dan kasih sayang pada Pinky yang terpendam sejak sekian lama itu telah diketahui keluarga gadis itu melalui lamarannya pada malam itu.


PINKY dan kekasihnya selamat diijabkabulkan. - Kredit foto: TikTok @pinkyswear398


“Kami tidak saling mengenali antara satu sama lain kerana berbeza di tempat bertugas. Semua orang yang ada di rumah pada malam itu terkejut dan terdiam ketika abang datang melamar saya,’’ ungkap gadis itu yang memanggil lelaki itu sebagai ‘abang’. 

“Abang tidak mahu menyesal kerana selepas saya menikah nanti dia tidak kesempatan lagi untuk melamar saya akibat saya sudah bersuami. 

“Ketika abang itu bercakap dengan orang tua saya, dia memberitahu bahawa selama ini dia sudah menaruh harapan untuk berkahwin dengan saya dan berhasrat melamar saya,’’ kata Pinky. 


Gambar hiasan


Bagaimanapun, Pinky secara bergurau bertanya kepada abang itu kenapa pada waktu sekarang dia baharu datang melamarnya menyatakan hasrat suci hatinya.

Ternyata, sebelum itu lelaki tersebut memangnya telah mengetahui Pinky sudah mempunyai kekasih sehingga dia tidak mahu menganggu hubungan gadis itu dengan kekasihnya.

Menurut gadis itu, abang itu sengaja menangguhkan hasratnya untuk meminang Pinky kerana dia menunggu masa yang sesuai untuk datang ke rumah gadis berkenaan. 

“Jujur saya kata pada malam itu, hatiku bergetar dan serba salah entah apa yang saya rasakan dilema dengan keadaan itu yang berlaku secara tiba-tiba dan saya berdoa pada tuhan semoga saya tidak salah jalan.

‘’Memang ketika saya mahu menikah hanya keluarga dan rakan-rakan rapat yang tahu kerana menurut adat resam Minang semasa kita ingin berkahwin adalah lebih baik dirahsiakan dahulu sebelum jemputan kenduri tersebar,’’ ujar Pinky. 

Sayangnya semuanya sudah terlambat, lamaran tersebut sudah pasti ditolak kerana bagi keluarga gadis itu tidak baik jika menerima lamaran lain ketika gadis itu sudah ada kekasihnya yang datang melamarnya.


Kredit foto : TikTok @pinkyswear398


“Papa saya meminta maaf dan mengatakan bahawa mungkin saya dan abang itu tiada jodoh kerana tidak elok keluarga saya menerima lamaran di atas lamaran.

“Apa lagi besok pagi, majlis akad nikah saya akan dilangsungkan dengan calon suami saya,’’ ujar gadis itu.

Namun, Pinky terasa terharu dan kagum dengan keberanian hati lelaki terbabit yang tetap datang meminangnya walaupun dia tahu pinangannya akan ditolak.

‘’Setidaknya dia telah mengungkapkan niat baiknya yang selama ini terpendam kerana dia tidak mahu memendam rasa lagi tanpa pengetahuan keluarga kami.

"Mungkin hatinya sudah puas dan tidak merasa menyesal lagi dengan tindakan yang dilakukannya tanpa segan silu ketika datang berjumpa keluarga kami,’’ kata Pinky lagi yang sudah selesai melangsungkan perkahwinannya dengan kekasihnya berjalan lancar. - KitaReporters


6
12
0
18
0
You will be interested