SEPANJANG Ramadan ini kita dapat lihat ada beberapa lagu raya baharu yang dirakam oleh penyanyi atau individu yang mahu mencipta kenangan tersendiri.
Keluarlah 1,001 macam lagu raya sekalipun, peminat tahu menilai mana yang baik dan boleh didengar berulang kali atau yang didengar sepintas lalu saja.
Lagu raya yang bermutu atau sedap didengar, mungkin akan menjadi pilihan setiap kali menjelang raya seperti mana lagu dendangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee (Dendang Perantau), Allahyarham S. Jibeng (Musfair Di Aidilfitri), Sanisah Huri (Bersabarlah Sayang) atau Sepasang Kurung Biru (Khairil Johari Johar).
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lagu-lagi raya
Lagu Kemenangan masih mengekalkan konsep kemelayuan untuk dipadankan dengan suasana hari raya.
Kesemua lagu yang disebut di atas tetap menjadi pilihan sehingga hari ini kerana lirik dan kemerduan vokal penyanyi yang sampai ke hati pendengar.
Justeru itu, kelebihan dari segi vokal yang dimiliki Ramlah Ram membuatkan dia tidak perlu penari yang tergedik-gedik mengiringi persembahannya dalam video muzik lagu raya yang berjudul Kemenangan itu.
Lagu ciptaan Mohar dan lirik oleh Ismi Rusli bersama Ramlah itu masih mengekalkan konsep kemelayuan untuk dipadankan dengan suasana hari raya.
Malah lagu Kemenangan ini boleh menjadi lagu malar segar seperti mana lagu Cahaya Aidilfitri dendangan Ramlah sebelum ini.
Ramlah berdebar sewaktu membuat rakaman lagu Kemenangan.
Terus terang Ramlah mengaku bahawa, dia rasa berdebar kerana lama tidak merakam lagu raya. Lagipun kata penyanyi Diam-Diam Jatuh Cinta, trend lagu raya sekarang berbeza seperti dulu.
"Setelah sekian lama saya tak keluarkan single raya, saya rasa nerves (gementar). Sebab trend lagu sekarang kan dah lain. Apa pun saya yakin lagu-lagu raya yang berkonsepkan kemelayuan begini yang akan terus malar segar dan melekat di hati pendengar setiap kali menjelang raya.
"Memandangkan agak lama tidak ada single raya, lagu Kemenangan ini saya hadiahkan buat semua peminat yang menyokong saya selama ini,” katanya.
Lagu Kemenangan dituju khas untuk peminat yang setia menyokongnya sehingga kini.
Meskipun
usia juara Bintang RTM 1985 itu menjangkau usia 57 tahun ini, gaya persembahannya
tetap konsisten. Berbekalkan pengalamannya itu, sehingga kini Ramlah masih lagi
aktif mengadakan persembahan.
Video muzik (MV) Kemenangan boleh ditonton dalam saluran YouTube Ramlah Ram Group sejak dimuat naik pada 28 April 2022 lalu.
Video muzik Kemenangan menggambarkan suasana menyambut hari raya.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada adik saya Zoey Rahman dan mikaseries kerana sponsor pembikinan video muzik ini bersama Bangsawan Picture.
“Saya sangat terharu dan tak sangaka Zoey dan team, sayang saya sampai macam ni, akak sayang korang semua," kata Ramlah sebagai tanda terima kasih kepada pelakon Zoey. - KitaReporters