SIAPAKAH penyanyi-penyanyi yang memakai kostum yang pelik-pelik sambil menyanyi akhirnya terbongkar pada malam akhir (final) The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim kedua (TMSM2) pada Jumaat malam, 1 April 2022 di Astro Warna.
Misteri pemilik suara merdu terbongkar apabila penyanyi Shila Amzah yang memakai kostum Rambutan menepati ramalan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim kedua.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kostum
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 31, mendapat markah tertinggi daripada anggota juri selepas menyanyikan dua buah lagu ‘Bujang Senang’ nyanyian asal Wings dan ‘Hurt’ (Christina Aguilera).
Tempat kedua diduduki Amir Masdi yang menyarung kostum Seladang. Amir merupakan juara program Akademi Fantasia 2016.
Pelakon Hannah Delisha yang memakai kostum Burung Hantu menduduki tempat keempat, manakala penyanyi Ara Johari yang memakai kostum Ratu Semut di tempat kelima.
Persembahan diadili lapan orang juri iaitu Datuk Aznil Nawawi, Michael Ang, Zizan Razak, Raja Azura, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak.
Rancangan ini telah bersiaran selama 10 minggu dan dihoskan oleh Datuk AC Mizal.
Menurut Shila dia memilih rambutan sebagai pakaiannya kerana ia adalah buah yang tidak disukainya.
Juara TMSM musim pertama pada 2020, dimenangi penyanyi Aina Abdul yang memakai kostum Bunga Raya. Vanessa Ben yang menyarung kostum Rajah Brooke menduduki tempat kedua, sementara Tuju di tempat ketiga.