Seni & Sukan 10 Apr, 2022

Video| Lagu Cinta Kita ketemukan cinta Mas Idayu! Disunting penerbit TV3! Sept 2022 hari bahagia!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

PEMINAT hiburan mengetahui penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu sudah 10 tahun menjanda setelah berpisah dengan pelakon Aman Graseka setelah hampir 10 tahun berkahwin (1997-2016) dan memperolehi seorang cahaya mata, Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

Aman Graseka sudah berkahwin lain beberapa tahun lalu dan sudah juga punyai anak lain.

Dan Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, 50, sejak setahun dua tahun lalu membayang untuk kembali mempunyai suami yang baik dan bertanggungjawab bagi menemani dirinya pada hari-hari mendatang. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Mas Idayu

Percintaan berputik dari program LCK3 antara juri, May Idayu (kanan) dan penerbit eksekutif, Sufian Isa (dua dari kanan).  - Kredit foto: IG sufianisapws



Tanpa disangka, terlibat sebagai juri pertandingan ‘Lagu Cinta Kita’ musim ke-3 (LCK3) pada tahun 2021 terbitan TV3 menjadi tempat cinta kedua kembali terjalin

LCK bermatlamat akan ada peserta-peserta yang digandingkan berpasangan bakal bertemu jodoh melalui program itu. 

Tetapi program LCK 3 menjadi matlamatnya terbalik apabila yang bercinta ialah salah seorang jurinya, Mas Idayu  dengan penerbit eksekutif LCK3, Muhammad Sufian Che Isa (Sufian Isa), yang juga merupakan pengurus di Jabatan Hiburan TV3.

Sufian adalah duda anak dua. Dan peserta serta petugas LCK sering ‘menjodohkan ‘ kedua-duanya. Hasil usik-usik itu, hubungan kedua-duanya menjadi serius sejak beberapa bulan lalu.


Hati Mas Idayu berbunga-bunga menanti hari berbahagia. Kredit foto: IG masidayu1001


Sufian Isa bersama anak-anaknya. - Kredit foto: IG sufianisapws

Kerana serius untuk meneruskan hubungan, Sufian sanggup menemui kakak paling tua Mas Idayu untuk mendapat restu. Bagi Mas Idayu dia menyedari telah ditemui dengan jodoh baharu yang memenuhi ciri-ciri yang diidamnya.

Lebih mengharukan Mas Idayu ialah apabila anak tunggalnya Nur Dayini Asyiqa merestui hubungan tersebut. Malah Nur Dayini membantu kedua-duanya mengadakan pertemuan mesra dan meluahkan isi hati masing-masing.

Jika tiada aral, majlis akad nikah dan resepsi akan diadakan September 2022. 


Mas Idayu bersyukur cinta kali keduanya direstui anak tunggalnya, Nur Dayini


Menurut Mas Idayu persiapan untuk majlis perkahwinan sudah sampai pada peringkat 70 peratus.

Kini kedua-duanya mempunyai masa kurang lima bulan untuk mengecap nikmat hidup berumah tangga yang baharu. 

Kenapa memilih tarikh bulan September, Mas Idayu merahsiakannya. - KitaReporters


11
12
0
13
1
You will be interested