Seni & Sukan 16 Mar, 2022

Video| Baby Shima minum arak? Bukan la! Jual jamu Susuq Darra! Kesal jadi bahan fitnah netizen!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

PENYANYI Baby Shima selain masih bergiat dalam bidang seni, juga menjalankan perniagaan sendiri.

Baru-baru ini Baby Shima memperlihatkan produk baru jualannya. Produk itu dijual dalam botol seperti menyimpan minuman keras dan dia menunjukkan cara meminumnya.

Ia membuat ada netizen yang menganggap Baby Shima jual produk haram dan minum arak.

Sedangkan sebenarnya Baby Shima sedang mempromosikan jamu dibuat dari akar kayu buatan keluarga diberi nama Susuq Darra.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Baby Shima



Menurut Shima jamu itu boleh memberi kesihatan lahir dan batin.

Pemilik nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 27, beberapa hari lalu memuat naik beberapa hantaran dalam Instagram Story (IG Story) memaparkan komen netizen yang mengutuk jamu Susuq Darra keluarannya.

Antara komen yang diterima Shima termasuk yang membandingkan botol jamunya dengan minuman keras.



Shima berkata, dia kesal apabila sering menjadi mangsa netizen sehingga ada yang menuduhnya berniaga menggunakan wang haram.

Tambah Shima, dia turut menerima ugutan supaya berhenti menjual jamu.

"Macam-macam ugutan saya terima termasuk menggelar saya perempuan murahan hanya kerana tak puas hati.

"Entahlah... Kalau hendak difikirkan saya terluka dan sedih tetapi saya macam dah biasa, dah lali. Tetapi saya juga manusia biasa ada hati dan perasaan," ujarnya.



Shima mula bergiat sebagai penyanyi  pada tahun 2009 dan menjadi artis rakaman KRU Music dari 2011 hingga 2015 dengan menghasilkan lagu-lagu bercorak pop, balada dan R&B. Single pertamanya berjodol  ‘Tak Sabar’ ciptaan Edry Abdul Halim.

Shima merupakan salah seorang peserta D'Academy Asia (musim 3) di stesen TV Indosiar, Indonesia pada 2017 serta peserta Big Stage musim pertama di Astro Ria pada 2018.

Hasil penyertaan dalam pertandingan muzik dangdut di Indonesia itu, Baby Shima diberi peluang menjadi artis rakaman Nagaswara sehingga sekarang dengan memberi tumpuan muzik dangdut. - KitaReporters


19
12
0
10
0
You will be interested