Enam penyanyi yang bakal berentap pada peringkat akhir GV8
PESERTA peringkat separuh akhir Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) memperlihat kesungguhan dalam memberi persembahan untuk melangkah ke peringkat akhir pada Ahad, 23 Januari 2022.
Cuma ada peserta yang memperlihatkan kebolehan lebih menonjol. Ada peserta gagal memperlihatkan prestasi yang membanggakan. Dan peserta yang tersingkir sudah dapat dijangka.
/
Aweera memperlihatkan kehebatan vokalnya apabila mendendang lagu berunsur rock
Aweera, 30, atau nama lengkapnya Nasharul Aweera Norhissham memperlihatkan dirinya sebagai antara peserta yang mampu menjadi juara GV8.
Mendapat lagu rock nyanyian Amy Search iaitu ‘Kerja Gila’ dan ‘Fantasia Bulan Madu’ menjadi ‘makanan’ Aweera untuk muncul sebagai juara pada peringkat separuh akhir.
Juri, Hetty Koes Endang memberi tepukan berdiri (standing ovation) kepada Aweera. Lebih mengejutkan Amy Search turut hadir dan memberi tepukan semangat kepada penyanyi kumpulan rock, Mojo ini.
Lebih membanggakan juri iaitu Datuk Ramli MS (ketua), Hetty Koes Endang, Datuk Shafinaz Selamat dan juri jemputan, Datuk Rosyam Nor memberi markah tinggi iaitu 81.3 markah kepada Aweera.
/
Nikki masih mampu menguasai vokal dengan baik walaupun baru pulih
Nikki Palikat yang baru pulih daripada sakit turut melihatkan kehebatan kawalan suaranya menyebabkan Hetty Koes Endang turut memberi tepukan berdiri kepadanya apabila menyampai lagu "Puncak Kasih" (nyanyian asal Ziana Zain) dan "Ikut Rentakku" nyanyian asal Jaclyn Victor dengan baik. Nikki memperoleh 76 markah.
Aweera mampu mengatasi Nikki dengan kelebihan 5.3 markah merupakan satu pencapaian membanggakan.
Dua peserta pilihan yang diramal awalnya mampu menduduki tiga tangga teratas iaitu Adibah Noor dan Suki Low memberi persembahan kurang membanggakan.
/
Adibah dinasihat beri tumpuan dalam penguasaan vokal berbanding showmanship
Shafinaz Selamat meminta Adibah mengutamakan kelebihannya iaitu vokal jika mahu memperoleh kedudukan yang lebih baik pada peringkat final nanti.
Paling mengejutkan ialah Suki Low apabila menduduki tempat keenam atau peserta terakhir terpilih ke peringkat akhir. Ia merupakan minggu yang tidak mengembirakan bagi Suki yang pada peringkat suku akhir menduduki tempat pertama dan dipuji juri.
/
Persembahan Suki kurang menyerlah sehingga menjadi penyanyi terakhir layak ke peringkat akhir
Dalam peringkat separuh akhir, Suki kurang menyerlah ketika menyampaikan lagu ‘Khayalan’ (Black Dog Bone) dan ‘Tanpa Kasihmu’ (Agnes Monica).
Kejutan diberi oleh peserta underdog Azan Scan, 49, yang mampu berada di tempat keempat. Azan menyampaikan lagu ‘Permaidani’ (Aris Ariwatan) dan ‘Enigma’ (Wings) dengan bertenaga.
Rosyam yang sudah lama mengenali Azan memuji kesungguhan Azan untuk bertarung dan berharap dia akan mendapat kedudukan selesa dalam peringkat akhir.
/
Penyingkiran Shidee sudah dijangka penonton. Dia menduduki tempat terakhir dengan hanya memperoleh 58.3 mata.
Shidee seperti sudah ingin disingkir pada peringkat separuh akhir. Dia diberi dua lagu yang sukar untuk dibawa mengikut suara aslinya iaitu ‘Sedetik Lebih’ (Anuar Zain) dan ‘Kerna Kau (Yassin Sulaiman) menyebabkan banyak melakukan kesilapan.
Ani Maiyuni pula terpaksa disingkir apabila GV8 kembali ke format asal iaitu hanya enam penyanyi ke peringkat akhir.
Dalam GV7, seramai tujuh peserta ke peringkat akhir.
Ani kurang menonjol ketika menyampaikan lagu Inggeris ‘Let's Get Loud’ nyanyian asal Jennifer Lopez dan ‘Sumpah’ nyanyian asal Aina Abdul.
/
Berikut ialah kedudukan markah peserta peringkat separuh akhir GV8:
01 Aweera 81.3
02 Nikki Palikat 76
03 Aliff Aziz 72.2
04 Azan Scan 69.7
05 Adibah Noor 65.2
06 Suki Low 64.8
07 Ani Maiyuni 61
08 Shidee 58.3
# terkeluar: Shidee & Ani Maiyuni