Seni & Sukan 17 Sep, 2021

Pengetua sekolah makan lebihan makanan pelajar! Didik jangan bazir makanan! Jangan buang makanan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Jumlah lebihan makanan yang terbuang cukup banyak di mana sebahagian makanan itu masih sesuai dimakan dan alangkan baik diberi kepada golongan memerlukan daripada dibuang begitu sahaja ke dalam bakul sampah.

Menyedari pembaziran itu seorang pengetua sebuah sekolah swasta di Oiyang, wilayah Hunan, China melakukan perkara yang dianggap sebagai jijik bagi mendidik para pelajarnya supaya tidak membazirkan makanan


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pembaziran

Wang tanpa jijik mengambil dan memakan lebihan makanan pelajar yang hendak dibuang ke dalam tong sampah di kafetaria sekolah. - Kredit foto: Xiaoxiang Morning Post.


Wang Yongxin, 48,  tanpa rasa malu berdiri dekat tong sampah makanan dan mengambil serta memakan lebihan makanan daripada bekas makanan pelajar di kaferia sekolah sebelum makanan tersebut dibuang ke dalam tong sampah.

Sejumlah pelajar yang sedang makan di kaferia itu berasa jijik melihat perbuatan pengetua itu dan mengganggap dia mengalami gangguan mental.
Sementara sebahagian lagi pelajar yang bercadang membuang makanan mereka membatal hasrat berbuat demikian lalu menghabiskan makanan mereka.

Wang melakukan perkara sedemikian untuk mendidik pelajarnya agar tidak membazir makanan. - Kredit foto: Xiaoxiang Morning Post.


Menurut Wang kepada media tempatan Xiaoxiang Morning Post, dia tidak merasa jijik atau malu makan lebihan makanan pelajar kerana ia datang dari tempat masak yang sama yang dipastikan bersih. Dan yang penting ialah mendidik para pelajar agar tidak membazirkan makanan.

Pengetua itu memberitahu dia telah memakan lebihan makanan tujuh pelajarnya sebanyak tiga kali sehari, sejak minggu lalu. 

Dan setakat ini dia tidak mengalami masalah kesihatan memakan lebihan makanan itu. - KitaReporters


20
12
0
13
0
You will be interested