Seni & Sukan 27 Dec, 2021

Grab anjur insiatif #BantuanBanjir! Kerjasama dengan Mercy Malaysia! Kumpul dana, ringan beban!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


GRAB Malaysia memulakan inisiatif  Bantuan Banjir (#BantuanBanjir) melalui kerjasama dengan Mercy Malaysia untuk mengumpul dana bagi membantu golongan yang terjejas. 

Usaha sama ini memberi peluang kepada pengguna-pengguna Grab untuk menukar GrabRewards mereka menjadi sumbangan kepada Mercy Malaysia


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perniagaan Grab


Pihak Grab akan memadankan jumlah sumbangan yang diterima untuk membantu keluarga dan komuniti yang

terjejas akibat hujan lebat baru-baru ini. Di samping itu, Grab turut memberi sokongan dan bantuan kepada rakan kongsi yang terjejas.

Pengarah Urusan Grab Malaysia, Sean Goh berharap, rakyat Malaysia mengambil kesempatan di atas program kemanusiaan yang julung kali diadakan ini yang bertujuan bagi meringankan beban mangsa terjejas teruk.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk  mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna, rakan kongsi dan Grabbers di seluruh negara atas keprihatinan dan rasa simpati mereka sepanjang musibah banjir ini. 

"Melalui inisiatif dan kerjasama #BantuanBanjir bersama Mercy Malaysia ini, pihaknya berharap dapat membantu menangani keperluan terdesak komuniti yang terkesan.

"Kami amat bersyukur kerana dapat menggerakkan penglibatan masyarakat bersama-sama demi menjayakan usaha ini,” katanya. 



Goh menjelaskan menerusi program berkenaan Grab akan memadankan jumlah sumbangan GrabRewards daripada pengguna, yang mana pengguna mempunyai pilihan untuk menderma GrabRewards mereka kepada Mercy Malaysia yang akan digunakan untuk membiayai usaha mereka.

Bukan itu sahaja, Grab akan memadankan jumlah yang diderma melalui GrabRewards dan salurkan sumbangan kepada usaha bantuan tersebut.

Selain itu, melalui GrabBenefits, bantuan kewangan akan diberikan kepada rakan pemandu dan penghantar yang terkesan akibat banjir. Grab  juga akan menjalankan promosi penghantaran percuma khas untuk rakan peniaga yang premis dan operasinya terjejas akibat banjir.  

Ini akan membantu meningkatkan keterlibatan dan jualan mereka bagi menggantikan kerugian yang terpaksa ditanggung apabila kedai ditutup akibat banjir.



Sementara itu, Presiden Mercy Malaysia, Prof Dato Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata, pihak sangat menghargai kerjasama dan sokongan Grab dalam menjayakan program membantu golongan terkesan.

“Kami amat menghargai sokongan pihak Grab dalam bantuan banjir dan pelan pemulihan berterusan ketika mengharungi masa yang sangat kritikal ini. 

Mercy Malaysia menghargai usaha sama ini kerana ia mengukuhkan masa tindak balas dan kesampaian kami terhadap kecemasan, memberi bantuan kemanusian kepada komuniti yang terkesan dan menangani keperluan terdesak mereka,” katanya. - KitaReporters


Keadaan melanda penduduk Taman Seri Nanding, Hulu Langat. - Kredit foto: Utusan Malaysia

12
13
0
9
0
You will be interested