Seni & Sukan 16 Nov, 2020

Video| Siapa dia? Gadis Singapura jadi Rama-Rama Adam Kaktus

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

"Lagu ‘Rama-Rama’ menceritakan tentang seorang wanita berasal dari Singapura yang bekerja kuat setiap hari dia untuk menyara kehidupannya.  Dia tidak memerlukan perhatian masyarakat kerana dia tahu dirinya mempunyai keunikan dan kecantikan tersendiri." Siapa gadis Singapura itu Adam Kaktus?  : KitaReporters


Lagi kisah-kisah berkaitan penyanyi:

https://kitareporters.com/search?search=penyanyi


Wah! Jauh keberadaan lokasi wanita yang diperkatakan oleh Adam itu, orang Singapura gitu. Mungkinkah ini juga satu kisah benar yang dilakarkan melalui lagunya?

Jawapan itu hanya ada di dalam hati Adam kerana ia tidak menceritakannya lanjut cuma apa yang diharapkan muziknya dapat diterima oleh pendengar-pendengar arus perdana dan seterusnya menjadi salah seorang penyanyi dan komposer yang disegani di Malaysia. 



Penyanyi yang bernama unik ini merupakan lulusan undang-undang daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Dengan nama pentas, Adam Kaktus dan lagu yang diketengahkan pula ‘Rama-Rama’, adakah dia seorang pencinta alam waima memilih ‘kaktus’ dan ‘rama rama’ sebagai nama dan judul lagu? 

Tapi yang pasti bukan lagu judul sama yang dipopularkan oleh Ratu Rock, Ella tau!

“Kaktus boleh bertahan di padang pasir dengan jangka masa yang lama walaupun tiada air. Saya berharap saya mampu menjadi kaktus, mampu bertahan dalam industri pada satu jangka masa yang panjang," jawab pemilik nama sebenar Muhammad Adam Zawahir ini.

Menurut Adam, kaktus sifatnya berduri di luar, tetapi isi dalamnya adalah lembut. 

Wah berfalsafah sungguh Adam ya, patutlah menceburi bidang undang-undang, bijak pula berbicara macam ‘lawyer’  dah gitu. 

"Bukan itu sahaja, saya mendapat ilham untuk meletakkan nama Kaktus setelah mendengar lagu Jacques Dutronc - Les Cactus yang dinyanyikan semula oleh kumpulan The Last Shadow Puppets,” tambahnya meyakinkan.




Biar pun namanya masih dianggap baharu dalam industri, namun Adam sudah meminati bidang muzik pada usia 14 tahun dengan memasuki beberapa pertandingan nyanyian.

Bagi yang masih belum ‘familiar’ dengan penyanyi ini, Adam sebenarnya pernah muncul dengan 3 buah single. 

Pertama, beliau tampil dengan lagu ‘Sajak Cinta’ yang menampilkan genre indie pop disusuli lagu kedua ‘Sajak Curang’ yang merupakan sekuel lagu pertama.

Macam berdrama dalam lagu pulak kan daripada bercinta berlaku pula kecurangan di situ. Mungkin kah menceritakan kisah dirinya?

Apapun jika kedua-dua singlenya itu membawa nuasa Doo Wop/Poh Yeh Yeh, lagu ketiganya yang berjudul ‘Dalam Tidurku' pula membawa tema Pop Alternatif.

Dan terkini, melalui ‘Rama-Rama’, Adam menampilkan konsep Lo-fi/Bedroom Pop yang bermaksud sesebuah irama yang dihasilkan dengan menggunakan alatan muzik yang murah dan lagu yang dibuat dengan alatan yang mampu milik dan tidak menggunakan studio yang besar. 

Di luar negara, konsep sebegini sering mendapat tempat untuk penyanyi-penyanyi muda berkarya. 



Sementara itu, syarikat New Southern Records Sdn Bhd (NSR), yang menerbitkan lagu Rama-Rama ini, sering memperkenalkan bakat baharu dengan genre muzik berbeza buat pendengar muzik di Malaysia, seperti mana yang dibawakan oleh Adam.

“NSR juga ingin keluar dari zon selesa genre muzik kebiasaan. Muzik yang Adam bawa ini lebih ke arah muzik baru dan bagi NSR, Adam merupakan seorang streaming artist malah karakter vokalnya serta dirinya yang sangat unik itulah membuatkan kami tertarik mengetengahkannya,” ujar Raja Muhammad Nazreen Raja Azahar, Pengurus A&R bagi NSR Records.

Tambahnya, Adam mempunyai pengikut dan peminatnya tersendiri dan bagi zaman perniagaan muzik era digital sekarang ini, Adam merupakan artis yang sangat releven untuk dipasarkan. 

Mungkinkah Adam boleh menjadi pelapis  ‘singing lawyer’ seperti Allahyarham Dato' Sudirman Arshad kelak? 


 


Tetapi berbanding Allahyarham Sudir yang sudah tentu mempunyai bilangan peminat yang ramai walau pun pada zamannya masih belum ada sebarang laman sosial untuk dijadikan ukuran tetapi Adam yang kini berada di era digital dilihat hanya mempunyai kurang daripada 1,400 pengikut malah cuma ada 35 posting daripadanya setakat ini.

Sekali lagi persoalannya kenapa beliau tidak aktif? Mungkin sibuk pengajian agaknya? 

Tak apalah bila berpeluang berjumpa nanti selepas COVID-19 dah reda bolehlah bertanya lagi dan mendapatkan jawapannya ya… jadi sabar menunggu tau! Namun, dengan norma baharu dan muzik baharu di dalam ‘dunia baharu’, segalanya tidak mustahil  untuk Adam Kaktus mencipta fenomena selepas ini?

Jom kita dengar sejenak  bagaimana muzik baharu yang dibawakan Adam melalui ‘Rama-Rama’ nya. - KitaReporters



0
1
0
0
0
You will be interested