Seni & Sukan 04 Dec, 2021

Demi peminat setia! Nico G lancar barang eksklusif! Sempena penyertaan Gegar Vaganza musim 8!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


SEMPENA penyertaan Nico G dalam program realiti, Gegar Vaganza 8, Nico G tidak melepaskan peluang untuk kembali mendekati peminat dengan cara  melancarkan barangan eksklusif Nico G.

Menariknya pelancaran barangan eksklusif Nico G itu adalah buah tangan istimewa hasil kerjasama dengan rakan kolaborasi Labu Labi Premium.

Sempena majlis pelancaran di kedai Labu Labi Premium di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur,  kehadiran ahli kelab peminat (FC) Nico G  sangat memeriahkan keadaan yang menggelarkan mereka Nico G Hommiez.  

Menariknya, majlis yang diadakan itu membuka peluang kepada mereka yang hadir untuk menjadi orang terawal yang mendapatkan barangan eksklusif Nico G serta kesempatan untuk bergambar bersama ketiga-tiga ahli kumpulan peneraju irama hip hop tanah air .


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Gegar Vaganza



Menurut Nico selaku ketua kumpulan Nico G, perancangan untuk melancarkan barangan eksklusif ini dibuat dalam masa dua hari sahaja dengan biarpun mereka sibuk membuat persiapan untuk konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 8 yang bakal berlangsung pada hari Ahad ini, 5 Disember 2021,  9 malam.

Minggu ini, kumpulan itu bakal menyanyikan lagu ‘Manis’, peminat-peminat boleh sokongan terhadap NICO G dalam Gegar Vaganza 8 dengan mengundi mereka bagi Anugerah Betul-betul Luar Biasa di link berikut: https:// voting.astro.com.my/anugerahbetulbetulluarbiasa/.




Ketika ditemui pada majlis berkenaan tiga penyanyi hebat itu tidak melepaskan peluang menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada  peminat yang banyak memberikan kata-kata semangat kepada Nico G sepanjang terlibat dalam Gegar Vaganza 8, 

Dino memberitahu bahawa pelancaran yang diadakan ini merupakan hadiah Nico G buat peminat-peminat yang sentiasa menantikan barangan eksklusif baharu dari Nico G.

Sementara itu, Affa pula memberitahu bahawa setiap kali barangan ekslusif Nico G dihasilkan, setiap ahli Nico G pasti akan terlibat secara langsung dari segi rekaan, pemilihan kain sehinggalah bungkusan, bagi memastikan barangan yang dihasilkan berkualiti dan eksklusif.



Nico G turut memberitahu berdasarkan pengalaman yang lalu, kesemua barangan keluaran mereka akan habis terjual dalam masa yang singkat kerana ramai yang mengumpul barangan ini untuk koleksi peribadi.

Peminat-peminat dan orang ramai yang ingin memiliki barangan eksklusif Nico G boleh membuat tempahan dengan mengunjungi kedai Labu Labi Premium atau mengikuti akaun Instagram mereka @labulabipremium.

Malah, peminat yang ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai Nico G sepanjang berada dalam Gegar Vaganza 8 dan projek-projek terbaharu daripada Nico G dalam akaun media sosial Facebook, instagram, Twiiter dan Tiktok @nicog.official.  

Semoga Nico G terus bertenaga di pentas Gegar Vaganza minggu ini! - KitaReporters


10
18
0
12
0
You will be interested