Seni & Sukan 21 May, 2022

Video| Tahniah Anzalna, Elfira! Selamat lahirkan anak kedua! Kongsi tarikh kelahiran yang sama!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Anzalna serta suami (kanan) dan Elfira serta suami bersama bayi-bayi masing-masing. - Kredit foto: Hijabista.com

DUA selebriti dan pelakon tanah air, Anzalna Nasir, 34, dan Elfira Loy, 28, menyambut kelahiran anak kedua masing-masing pada hari Jumaat bulan Syawal, 20 Mei 2022

Namun kedua-dua selebriti masih belum memaparkan wajah si bayi secara sepenuhnya untuk tatapan umum dan juga nama mereka

Mereka hanya mengumumkan berita kelahiran dan gambar sisi dengan si bayi dalam Instagam masing-masing.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kelahiran


Anzalna iaitu anak sulung kepada Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim dan suaminya belum menyatakan kelamin si bayi, sementara Elfira dan suami mengumumkan mendapat bayi perempuan.

Anzalna Nasir selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

Ketika sudah sarat mengandung, Anzalna tetap diberi kepercayaan menjadi salah seorang model sebuah syarikat pakaian.

Sementara bayi kedua Elfira dilahir pada jam 6.27 petang  di pusat perubatan lain di Lembah Klang.



Menurut Hanif Zaki, Anzalna datang ke pusat perubatan itu untuk membuat pemeriksaan terakhir, namun pihak perubatan mendapati bayi sudah hendak keluar.

“Alhamdulillah barkat Jumaat. Anak kedua kami selamat dilahirkan hari ini.“Hari ini sepatutnya ini kali terakhir Anzalna buat pemeriksaan, Allah work in a mysterious way,” ujarnya.



Pada 3 April 2022, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, 34, mendedahkan dirinya hamil lapan bulan anak kedua dan bakal bersalin pada Syawal.

Anzalna berkahwin dengan Muhammad Hanif Zaki pada 2016 dan pasangan ini sudah mempunyai seorang anak lelaki, Mohamad Eidrees, 2 tahun.



Sementara itu dalam Instagram, Elfira memuat naik gambar dia sedang memeluk erat bayi perempuannya di samping suaminya, Faris Khairul Anuar.

Menurut Elfira yang nama penuhnya Elfira Loy Ahmad Sabri, pengalaman menarik ialah suaminya sendiri menyambut kelahiran bayi Ketika dia meneran.

"Saya ada banyak gambar yang menarik tapi ini yang paling saya suka. Subhanallah. Ayah adalah adiwira, menangis 'mommy' tengok ayah sambut awak sendiri sementara 'mommy 'push' (meneran) awak. "Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Satu pengalaman hebat," tulisnya.

Hantaran Elfira itu menerima ucapan tahniah daripada pengikut dan sahabatnya dalam platform media sosialnya.

Elfira dan Faris berkahwin pada 1 Januari 2019 dan  mempunyai cahaya mata, Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019. - KitaReporters

11
14
0
6
0
You will be interested