Seni & Sukan 12 Nov, 2022

Piala Malaysia 2022: JDT FC berpesta gol untuk mara ke separuh akhir! Tewaskan Kelantan agregat 8-0!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


JOHOR Darul Ta'zim (JDT) FC melangkah ke separuh akhir dengan penuh bergaya selepas menumpaskan Kelantan FC 5-0 dalam perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia 2022 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada malam tadi, 11 November 2022. 

Kelantan yang ketinggalan 0-3 kepada JDT cuba melakukan sesuatu kebangkitan untuk mengurangkan defisit gol. 

Namun begitu, JDT tidak membenarkan pemain Kelantan melakukannya dan mereka terus menekan pemain sebaik wisel ditiup. Malah JDT juga terus menyerang bertubi-tubi ke kawasan lawan mereka. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Malaysia


JDT hampir mendapatkan gol pertama namun sedikit kelekaan pemain barisan hadapan menyebakan peluang itu terbiar begitu sahaja. 

Usaha untuk mendapatkan jaringan pertama akhirnya berjaya apabila Bergson da Silva membuka tirai jaringan pada minit ke-12 untuk mendahului 1-0. 

JDT terus mengasak untuk mencari gol tambahan dan Bergson sekali lagi mencetak nama selaku penjaring apabila sepakan percuma gagal diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan. 

Anak buah Rezal Zambery Yahya cuba mengatur serangan namun pergerakan mereka sering terbatas dan mudah dipintas oleh pemain JDT. 

Harimau Selatan terus mengganas dan Bergson melengkapkan hatrik beliau untuk memastikan JDT terus selesa mendahului perlawanan.  

Belum sempat Kelantan cuba mengatur perlawanan mereka terus dikejutkan dengan dua jaringan pantas menerusi  Syahmi Safari dan Nazmi Faiz Mansor untuk tuan rumah mendahului 5-0 pada separuh masa pertama.  



Bersambung babak kedua, Rezal melakukan beberapa pertukaran untuk memastikan Kelantan tidak bermain seperti separuh masa pertama dan percaturan itu menjadi apabila terlihat permainan mereka mula sedikit teratur.

JDT yang selesa mendahului pula sudah kurang menyerang dan mereka juga melakukan pertukaran untuk pemain utama berehat. 

Tiada penambahan gol yang terhasil di separuh masa kedua dan kedudukan 5-0 kekal sehingga tamat permainan. 

JDT menang secara agregat 8-0 untuk melangkah ke separuh akhir dengan penuh bergaya. - KitaReporters


Foto Kredit : fb jdt

17
7
0
9
0
You will be interested