Majlis pernikahan ialah suatu upacara yang ditunggu-tunggu buat pasangan untuk menjalinkan ikatan sah dan berharap agar ia berjalan dengan sangat lancar.
Walau bagaimanapun, tular sebuah video memaparkan pasangan pengantin yang dilihat menjalankan pernikahan di tempat terbuka.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis pernikahan
Kelihatan setelah pengantin lelaki selesai melafazkan upacara akad, hujan turun berderai-derai dan membuatkan semua keluarganya basah lencun.
Apa lagi, berlarilah mereka setelah akad nikah dan tidak sempat untuk tok kadi membacakan doa kerana semua sibuk mencari tempat untuk berteduh.
Namun, ahli keluarganya tidak kisah kerana mereka sedia tahu pernikahan ini dibuat dengan tema terbuka dan perlu menerima risiko yang dibuat.
Rata-rata netizen yang melihat video ini menyatakan bahawa ahli keluarganya masih mampu tersenyum walaupun terpaksa duduk di bawah hujan. - KitaReporters
Tags: