Penduduk Besut memerukan perhentian bas baharu bagi menggantikan perhentiuan lama yang tidak sesuai dengan keadaan semasa
LIMA projek pembangunan utama yang sudah dirancang lebih awal untuk memajukan daerah Besut tetapi tidak dapat likaksanakan dan tergendala akibat pertukaran kerajaan akan diteruskan sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali memegang tampuk pemerintahan.
Jika Barisan Nasional (BN) dapat membentuk semula kerajaan kesemua projek yang diimpikan penduduk terbabit ia menjadi fokus utama kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat di daerah tersebut.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan daerah Besut
Calon BN Datuk Nawi Mohamad berkata, banyak projek pembangunan di Besut tergendala serta seolah-olah terhenti selepas BN kalah pada PRU-14.
Katanya, projek Terminal Bas di Bandar Jertih akan menjadi keutamaan
mereka sekiranya BN menang pada PRU-15.
"Kedua kita akan mendesak kerajaan untuk menyegerakan projek pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3) sehingga ke Bandar Jertih siap sepenuhnya.
Projek Lebuh Raya Hulu Besut yang tergendala
"Selain itu, kita mahu memastikan pembinaan jambatan kedua Jertih akan dilaksanakan untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya setiap kali musim perayaan," katanya selepas merasmikan Pelancaran Jentera BN Parlimen Besut sempena PRU15, di Bandar Jertih.
Hadir sama penyandang Parlimen Besut, Tan Sri Idris Jusoh yang juga Pengerusi FELDA; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Muhamad Pehimi Yusof; dan ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Kepemimpinan BN Besut yang menghadiri majlis pelancaran Jentera BN Besut
Nawi yang juga ADUN Hulu Besut berkata, projek pembangunan seterusnya mahu memastikan pembinaan jalan raya yang menghubungkan Keruak dengan Kuala Krai, Kelantan diteruskan kerana pada zaman Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri Kewangan projek itu sudah mendapat kelulusan peruntukan berjumlah RM500 juta.
"Bagi golongan muda juga kita akan memastikan projek menyiapkan 500 rumah setiap DUN atau sasaran 2,000 rumah untuk Parlimen dapat dilaksanakan mengikut perancangan asal,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut.
Sebelum ini, kata Nawi, kerja-kerja pembinaan rumah peringkat awal sudah dilakukan antaranya di Padang Tapung, Pasir Akar serta Kuala Besut tetapi terpaksa dihentikan. - KitaReporters
Jentera BN yang menghadiri majlis pelancaran Jentera BN Besut