Seni & Sukan 17 Jun, 2025

Video| Sedekah seni Raja Dangdut! Rhoma Irama izinkan lagunya dinyanyikan semua! Tak minta royalti!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.


Raja Dangdut Indonesia, Rhoma Irama, 78, dikenali sebagai insan seni yang suka melakukan amalan bersedekah.

Namun kali ini  dia melakukan sedekah dengan cara tersendiri, bukan dengan wang dan harta benda, sebaliknya dengan lagu-lagu yang sudah diciptanya yang dipangggil ‘sedekah seni’.

Ketika ini industri muzik Indonesia dikecohkan dengan tindakan sejumlah komposer yang menuntut  bayaran daripada penyanyi yang menyampaikan lagu ciptaan mereka.


Sesiapa sahaja bebas menyanyikan lagu saya, kata Rhoma Irama. - Kredit foto: Kompas

Justeru bagi meredakan kekecohan ini, Rhoma melalui podcast Bisikan Rhoma episod  171 dan 172 dalam saluran YouTubenya  pada Selasa 10 Jun 2025 menyatakan dia mengizinkan semua penyanyi dangdut di seluruh dunia boleh menyanyikan lagu-lagu ciptaannya tanpa perlu meminta izin atau membayar sebarang bayaran.

Dia menganggap ia adalah sebagai sedekah seninyanya, namun tidak menghalang ada komposer yang menuntut bayaran jika lagu ciptaan mereka dinyanyikan. Itu hak mereka, tegas beliau.



Tambahan pula hampir kesemua lagu ciptaannya mempunyai unsur nasihat dan dakwah. Lalu semakin banyak lagunya didendang kepada orang lain, semakin banyak ‘pahala’ yang diperolehnya.

“Kalau saya secara peribadi, penyanyi dangdut di seluruh dunia boleh menyanyikan lagu saya. Saya tidak akan menagih atau meminta royalti, tidak perlu membayar kepada saya. 

"Sedekah bukan hanya tentang kebendaan. Dalam adanya kes seperti ini (polemik komposer dan penyanyi), orang ramai menjadi takut untuk menyanyikan lagu saya,” katanya dalam podcast Bisikan Rhoma episod 171 dan 172 dalam saluran Youtubenya pada Selasa10 Jun 2025.

“Kalau mereka (komposer) memperjuang hak mereka, itu tiada masalah dan memang sah di sisi undang-undang,” tambahnya.



Menurut badan mengutip royalti dikenai sebagai Royalti Anugerah Indonesia (RAI), Rhoma telah mencipta kira-kira 1,000 lagu dengan ratusan adalah ciptaan malar segar. 

Hampir keseluruhan berunsur dangdut dan didendang oleh Rhoma sendiri. Ia menjadikan Rhoma sebagai penerima royalti tertinggi daripada RAI sejak sekian lama.

Rhoma atau nama sebenarnya Raden Oma Irama yang bakal berusia 79 tahun pada 11 Disember 2025 dianggap insan seni cukup berbakat milik Indonesia.



Mula bergiat dalam bidang muzik sejak tahun 1962 bermula dari aliran pop kemudian beralih ke aliran muzik 'melayu’ pada akhir 1960-an dan akhirnya beralih ke aliran muzik dangdut pada awal 1970-an. 

Dan popularitinya melonjak sejak 1975 apabila lagu ciptaannya ‘Bergadang’nya meletup dan popular sehingga kini.

Selain menjadi komposer, Rhoma juga merupakan penyanyi dan pemimpin dan pemain gitar utama kumpulan muziknya Soneta Group. Rhoma juga telah berlakon hampir 30 filem.

Dalam usia sudah hampir ke-79, Rhoma dianggap penyanyi yang masih aktif kerana masih mengadakan persembahan dengan kumpulan Sonetanya di seluruh Indonesia. - KitaReporters

9
10
0
13
0
You will be interested