Seni & Sukan 11 Nov, 2023

Alhamdulillah! Sazzy Falak bersyukur diberi suami yang baik! 17 tahun usia perkahwinan terus utuh!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Kebahagiaan sesebuah rumah tangga terletak kepada suami dan isteri itu sendiri. Tidak kira apa jua ujian melanda, andai kedua-duanya kuat dan saling menyokong, insya-Allah ia akan kekal sehingga ke akhir hayat. 

Tiada rumah tangga yang tidak dilanda badai. Perasaan cinta sahaja tidak cukup untuk menopang tiang rumah tangga. Ia mesti disusuli dengan pelbagai rencah seperti kepercayaan, kesetiaan, toleransi dan saling menghormati.

Sekiranya ada rencah-rencah ini dalam rumah tangga, nescaya ia mampu bertahan selagi hayat dikandung badan. Namun, kita hanya mampu merancang tapi Tuhan menentukan segala-galanya. 


Kehadiran anak menguatkan lagi kebahagiaan dan ikatan sesebuah rumah tangga. 


Kebahagiaan sesebuah rumah tangga itu tidak terletak pada pangkat atau darjat. Mungkin apabila ia melibatkan rumah tangga milik golongan figura dikenali seperti artis atau selebriti, ia mendapat liputan media dan orang ramai. Sehinggakan ramai yang beranggapan, kalau melibatkan golongan ini, rumah tangga mereka mesti tidak bertahan lama. 

Anda silap sekiranya berfikiran begitu. Seperti yang dikatakan, kebahagiaan rumah tangga bukan bergantung pada pangkat atau darjat. Ia terletak pada suami isteri itu sendiri. 

Ramai sahaja golongan artis dapat kekal lama dalam melayari rumah tangga. Malah, ada hubungan mereka kekal hingga hujung nyawa. Ada juga artis muda yang rumah tangga mereka sudah mencecah belasan dan puluhan tahun.

Antaranya ialah pelakon dan pengacara, Sazzy Falak atau nama penuhnya Sazlini Shamsul Falak bersama pasangan, Nazril Idrus. 

Pasangan ini merupakan pasangan selebriti dan mendirikan rumah tangga pada November 2006. Mereka dikurniakan dua anak kembar perempuan dan pada tahun 2020, pasangan ini mengambil seorang anak angkat lelaki sebagai pelengkap rumah tangga. 

Rumah tangga yang dibina selama 17 tahun itu, sudah pasti mengalami pelbagai rintangan dan ujian. Mengenang 17 tahun rumah tangga yang terbina, Sazzy Falak menerusi laman sosialnya meluahkan rasa syukur dengan rezeki kebahagiaan yang dikurniakan oleh Allah SWT terhadap dirinya dan keluarga.



“17 tahun lalu berbanding hari ini. Saya seakan-akan tidak percaya bagaimana masa berlalu dan tiba-tiba kita berada pada tahap ini sekarang. Hampir dua dekad, dengan tiga orang anak dan begitu banyak pengalaman yang dilalui. 

"Saya masih ingat saat itu di mana saya berdoa kepada Allah SWT untuk berikan saya lelaki yang baik dan akan menjaga saya serta memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi lebih baik. 

"Alhamdulillah, Allah SWT berikan awak! Ia sememangnya satu pengalaman ibarat rollercoaster. Namun, saya tidak dapat bayangkan melakukannya dengan orang lain selain awak. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-17 sayang. Allah telah makbulkan doa saya. Saya terlalu sayangkan awak,” tulisnya.

Ucapan penuh makna itu turut mendapat perhatian rakan-rakan artis. Rata-rata turut menumpang rasa bahagia itu. Mereka mendoakan hubungan tersebut terus kekal selama-lamanya. Yelah, bukan mudah mempertahankan rumah tangga apatah lagi kalau melibatkan golongan selebriti. Kiri kanan segala jenis ujian mendatang menggocang rumah tangga. Paling ditakuti, serangan daripada ‘penyondol’ rumah tangga orang lain. - KitaReporters


11
10
0
11
0
You will be interested