Seni & Sukan 07 Sep, 2022

Era baharu luncur udara (paragliding)! Terengganu International Air Festival jadi acara tahunan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Pilot Paragliding membawa 65 Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 di Bukit Bubus Paragliding Park, Besut, Terengganu. 


KEMERIAHAN Penganjuran Terengganu International Air Festival atau Festival Udara Antarabangsa Terengganu (TIAF) yang berlangsung di Bukit Bubus, Besut, Terengganu sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 baru-baru ini membuka era baharu dalam sukan luncur udara (paragliding) di negeri ini sekali gus bakal merancakkan aktiviti pelancongan domestik. 

Acara berprestij bertaraf dunia itu yang julung diadakan menarik perhatian ribuan pengunjung apabila dapat menyaksikan aksi pilot paragliding membawa 65 Jalur Gemilang merentasi di udara berhampiran Laut China Selatan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan festival-festival

Kemuncak Bukit Bubus,Besut,Terengganu tempat pelepasan paragliding


Program anjuran Kelab Luncur Udara 3A Adventures Bukit Bubus dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Terengganu

Ia turut disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bersama Tourism Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Negeri Terengganu, Majlis Daerah Besut (MDB) dan Pejabat Tanah Besut.



Pengerusi Penganjur, Fahami Zakaria berkata, program yang berlangsung selama seminggu bermula 25 Ogos dan berakhir pada 31 Ogos 2022 itu turut diwarnai dengan pelbagai acara sampingan termasuk sukan air, pertandingan memancing, Funride Berbasikal, Motor Gathering dan gerai jualan.  

Pengerusi Jawatankuasa. Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro. Dan Hal Ehwal Penjaja Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman merasmikan program tersebut manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof melakukan upacara penutup. 


Fahami Zakaria


Pertandingan memanacing turut memeriahkan program 


Fahami berkata, susulan kejayaan penganjuran itu pihaknya berhasrat untuk mengadakan festival ini secara tahunan melibatkan lebih banyak penyertaan.

"Sepanjang berlangsungnya TIAF, semua sektor dapat digemblengkan. Kita lihat para usahawan kita dapat menumpang berniaga dan aktiviti-aktiviti juga bukan terhad kepada sukan luncur udara. 

"Kita ada juga pertandingan memancing, boating selain berlangsung acara seperti fun ride di mana aktiviti sederhana dan lasak itu boleh dijalankan serentak,” katanya.

Dalam program tersebut, seramai 65 peluncur udara melakukan 'Merdeka Fun Fly' sempena meraikan kemerdekaan negara sebagai acara terbesar yang diadakan. - KitaReporters


ADUN Jertih Datuk Muhammad Pehimi Yusof ( tengah) bersama pemenang pertandingan


18
15
1
11
2
You will be interested