Seni & Sukan 03 Sep, 2022

Video| Tahniah Salamiah Hassan! Bernikah pada usia 71 tahun! 35 tahun menjanda! Lelaki Australia!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Majlis pengIslaman dan akad nikah disiar dalam talian Internet

PENYANYI veteran Salamiah Hassan mengejutkan industri hiburan apabila bernikah pada usia 71 tahun dan setelah 35 tahun hidup menjanda. Penyanyi bersuara lantang yang lebih popular sebagai penyanyi persembahan iaitu banyak melakukan persembahan berbayar termasuk bersifat eksklusif sahaja.   

Lelaki British kelahiran Liverpool, England, Gerald Hughes (Gerry), 65, yang kini menetap di Burnie, Tasmania, Australia berjaya ‘mencuri hati’ penyanyi yang popular dengan lagu ‘Surat Terakhir’, ‘Gelombang’ dan Menaruh Harapan’ ini. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis pernikahan



Salamiah dan Gerry sudah berkenalan sejak 15 tahun lalu dan hubungan semakin rapat ketika Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 sejak dua tahun lalu dan berhubungan melalui dalam talian Internet.

Dan Gerry melamar Salamiah kira-kira 3 bulan lalu dan pada Khamis, 1 September 2022 jam 11 pagi (9 pagi waktu Malaysia), kedua-duanya sah sebagai suami isteri.


Salamiah dan Gerry dirai oleh rakan-rakan sebaik sah sebagai suami isteri.

Sebelum majlis akad, Gerry terlebih dahulu mengucap dua kalimah syahadah sebagai umat Muslim. 

Selepas berkahwin, Salamiah akan menetap di Tasmania, Australia dan hanya pulang jika mendapat undangan nyanyian di Malaysia.

Salamiah dan Gerry dijangka akan membuat majlis resepsi di Kuala Lumpur pada Oktober 2022 nanti.


Salamiah akan menetap di Tasmania setelah menjadi isteri

Perkahwinan pertama Salamiah dengan Raja Haron Raja Aziz berkecai pada 1986 dengan dikurnia dua cahaya mata iaitu penyanyi Atilia (Raja Putri Atilia), 48, dan Raja Ahmad Shah, 43.

Disebab mempunyai acara nyanyian, Atilia tidak dapat menghadiri majlis akad nikah ibunya dan pengIslaman bapa tirinya. Namun dia dapat menyaksikan kedua-dua majlis itu melalui dalam talian di Internet.

Menurut Atilia, ibunya menyatakan akan berkahwin lagi kira-kira 3 bulan lalu kerana sudah mendapat lelaki yang sesuai dan ia berita yang mengejutkan.

Namun Atilia agak sedih kerana terpaksa berpisah dengan ibunya kerana selama ini hubungan mereka cukup erat.

Ibunya memberitahu akan tinggal di Tasmania, Australia. Setelah punya kelapangan kegiatan seni, Atilia bercadang akan ke Tasmania untuk mengunjungi ibu dan bapa tirinya.



Salamiah mula bergiat cergas sebagai penyanyi setelah menjadi peserta akhir Bakat TV '71 terbitan RTM dan merakam lagu pertama ‘Surat Undangan’ ciptaan Datuk Seri Ahmad Nawab. Salamiah juga popular dengan lagu ‘Gelombang’ ciptaan Kassim Masdor dan ‘Menaruh Harapan; ciptaan Freddie Freddie Fernandez.

Selepas tahun 1987, Salamiah memberi tumpuan sebagai penyanyi latar iklan dengan diberi gelaran ‘ratu jinggle’. Selain itu, dia memberi tumpuan menjadi penyanyi pentas termasuk secara eksklusif. - KitaReporters


10
12
0
14
0
You will be interested