Seni & Sukan 22 Jan, 2023

EPL 2022-23: Liverpool gagal catat kemenangan ke atas Chelsea! Semakin jauh dari kedudukan atas liga!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


PERTEMBUNGAN dua gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan Chelsea menjadi tumpuan peminat masing-masing namun hanya mampu berkesudahan dengan keputusan seri 0-0 yang berlangsung di Anfield pada 21 Januari 2022.

Dua pasukan ketika ini bergelut dengan prestasi di liga dan semakin sukar untuk mengejar kedudukan terbaik untuk bermain di Eropah pada musim hadapan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan liga EPL


Bermain di tempat lawan, Chelsea berjaya membuka tirai jaringan melalui Kai Havertz namum jaringan itu dibatalkan oleh pengadil selepas merujuk kepada Pengadil Berbantukan Video (VAR) yang mendapati Havertz berada dalam kedudukan ofsaid. 

Kedua-dua pasukan terus melancarkan serangan untuk mendapatkan jaringan namum pertahanan lawan berjaya mengekang setiap asakan. 

Pemain baharu yang diturunkan juga tidak dapat membantu memacu kemenangan buat Chelsea dan Liverpool. Namum, aksi Mykhailo Mudryk menjadi bualan peminat apabila beraksi cukup baik meskipun tidak menjaringkan gol. 

Keputusan seri membuatkan kedua-dua pasukan terus berada di kedudukan tengah-tengah carta liga dan semakin jauh ditinggalkan oleh pasukan di atas. 

Liverpool dan Chelsea adalah pasukan pilihan untuk mencabar kejuaraan sebelum aksi liga bermula dek kerana aksi cemerlang musim lepas. 

Namum ia lain pula terjadi apabila kedua-dua pasukan ini seperti merebut untuk berada di kedudukan tengah-tengah carta liga. - KitaReporters


3
10
0
12
0
You will be interested