SAINGAN Liga Malaysia musim 2023 ini menyaksikan beberapa perubahan dilakukan oleh badan yang menguruskan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan salah satunya adalah waktu perlawanan.
Jika sebelum ini, kita banyak menyaksikan perlawanan pada waktu malam namum musim 2023 akan ada perlawanan pada waktu petang yang membabitkan pasukan utama dari Liga Super.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bola sepak Liga Malaysia (Liga M)
Untuk pasukan dari Semenanjung, perlawanan akan dimulakan pada pukul 5:15-5:30 petang manakala waktu malam pula akan berlangsung pada 8:25 malam atau 9 malam. Sementara di Borneo pula, perlawanan akan diadakan pada pukul 4:30-4:45 petang
Waktu perlawanan ini tertakluk pada penyiar rasmi nanti kerana ia harus diambil kira beberapa perkara lain juga.
Untuk saingan pada bulan Ramadan, perlawanan tetap akan berjalan dan akan bermula pada jam 10 malam sementara pasukan dari Sabah serta Sarawak pula akan mula jam 9:15 malam.
Sudah pasti kita akan melihat suasana sedikit berlainan dan memberi pengalaman baharu kepada penyokong.
Liga Super 2023 akan mula membuka tirai pada 24 Februari 2023 ini menyaksikan juara dan naib Juara Liga Super musim lepas (2022), Johor Darul Ta'zim (JDT) FC dan Terengganu FC akan berentap untuk merebut Piala Sumbangsih. - KitaReporters
Kredit Foto : FB JDT, Terengganu FC