Seni & Sukan 14 Feb, 2023

Tahu tak? 5 artis wanita Indonesia jarang mandi! Ada 1 minggu tidak mandi! Alasan petua kecantikan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

ANYA GRALDINE - Kredit foto : Instagram


SEKALI imbas, kita pasti terbayang artis wanita Indonesia dengan wajah yang menawan dan pakaiannya pula cantik sudah pasti mereka sentiasa menguruskan dirinya bagi penampilan mereka di khalayak ramai. 

Namun, kita mungkin tidak menyangka di sebalik wajah-wajah artis yang mempesonakan serta berpakaian cantik itu terdapat dalam kalangan mereka begitu payah untuk mandi setiap hari. 

Sebaliknya artis-artis yang cantik itu hanya mandi satu kali dalam masa dua atau tiga hari ataupun ada juga antara mereka yang mandi hanya sekali dalam seminggu.

Sedangkan menurut pakar kesihatan setiap manusia perlu mandi dua kali dalam sehari untuk membersih tubuh dari bakteria dan mandi juga dapat menyegarkan tubuh badan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan amalan mandi

ANYA GERALDINE - kredit foto : Instagram


Memetik dari portal iNews.id pada baru-baru ini melaporkan hasil tinjuannya terhadap artis-artis di negara seberang itu mendapati bahawa  ada lima artis wanita yang terlalu sukar untuk mandi  waktu pagi ataupun hanya mandi  sekali sahaja dalam masa dua hari. 

Selebriti, Anya Geraldine berumur 27 tahun baru-baru ini mengejutkan orang ramai apabila dia mengaku bahawa dia jarang mandi tidak seperti wanita lain.

Pada majlis makan malam, wanita berasal dari Jakarta itu secara tidak sembunyi memberitahu bahawa dirinya tetap merasa nyaman walaupun tidak mandi sampai seminggu.

Saya tidak masalah apa tah lagi saya sentiasa berada di bilik berhawa dingin,’’ katanya yang nama aslinya Nur Amalina Hayati.


NAGITA SLAVINA - kredit foto : Instagram


Nagita Slavina, 34, seorang artis kelahiran Jakarta juga termasuk golongan artis yang dikatakan jarang mandi.

Isteri artis Raffi Ahmad itu mengaku dia kurang mandi itu sejak dari remaja lagi dan keadaan itu semakin bertambah setelah dia hamil anak keduanya.

``Namun, saya malas mandi itu tidak bermaksud dalam masa seminggu saya tidak mandi langsung, biasanya dua atau tiga hari saya akan mandi sekali,’’ kata Nagita Slavina.


TASYA FARASYA - kredit foto : Instagram


Artis, Tasya Farasya yang sudah berkahwin berumur 30 tahun pula mempunyai petua yang tersendiri bahawa jarang mandi boleh mengekalkan kecantikan diri seseorang.

Bagaimanapun, Tasya Farasya yang keturunan Arab itu mengaku dia biasa mandi dua hari sekali terutama pada waktu malam.


MAHALINI - kredit foto : Instagram


Seorang lagi artis, Mahalini, 22, berasal dari  Denpasar, Bali berkata, dia juga kurang mandi tetapi tidak semestinya dua atau tiga hari dia tidak mandi langsung.

Mahalini berkata, jikalau tidak sibuk dengan urusannya dan tidak kepayahan dia pasti mandi serta membersihkan dirinya setiap hari.


PRISIA NASUTION - kredit foto : Instagram


Prisia Nasution , 38, pula mempunyai alasan yang tersendiri kerana jarang mandi setiap hari. 

Prisia adalah seorang pelakon pernah mendapat anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Indonesia 2011 berkata soal jarang mandi tidak menjadi masalah sebab yang paling penting kecantikan dari dalam diri seseorang perlu dijaga.

``Setiap wanita mahukan dirinya cantik dan kecantikan diri perlulah dijaga dari dalam diri setiap masa walaupun kita jarang mandi,’’ katanya berasal dari Jakarta. - KitaReporters


10
11
0
11
0
You will be interested