Seni & Sukan 02 Nov, 2022

Tiada sijil keselamatan! Baru dibaik pulih! Bergoyang-goyang sebelum jambatan runtuh! 141 maut!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

ORANG ramai yang datang menyaksikan jambatan gantung runtuh di Bandar Morbi, Gujarat, India pada 30 Oktober 2022. - Kredit foto: Reuters


KESERONOKAN orang ramai merayakan acara keagamaan di atas jambatan gantung yang baharu siap dibaik pulih sejak seminggu lalu bertukar menjadi tragedi apabila sekurang-kurangnya 141 orang terbunuh selepas jambatan itu runtuh dan terputus dua di Kota Morbi, Gujarat, India pada 30 Oktober 2022.

Mangsa terbunuh akibat mati lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Machchhu dari jambatan gantung sepanjang 233 meter dan lebarnya 1.5 meter itu yang tiba-tiba runtuh.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan prasarana jambatan

JAMBATAN gantung sepanjang 233 meter dan lebarnya 1.5 meter runtuh dipercayai berpunca daripada kabel sokongan yang terputus. - Kredit foto: Reuters


Semasa jambatan itu runtuh, semua mangsa terhumban ke dalam sungai manakala sebahagian mangsa lain sempat berpaut pada runtuhan itu.

Ia dipercayai berpunca daripada kabel sokongan pada jambatan itu yang terputus dalam kejadian yang berlaku pada waktu malam.



OPERASI mencari mangsa yang hilang di Sungai Machchhu oleh NDRT. - Kredit foto: Reuters


Merdeka.com dipetik berkata, berikutan dengan kejadian itu, anggota petugas Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRT) melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang di sungai itu yang terletak berhampiran dengan bandar Morbi.

Bagaimanapun, menurut laporan media tempatan pada 31 Oktober 2022, seramai 170 mangsa yang terjatuh ke dalam Sungai Macchu berjaya diselamatkan oleh petugas NDRT.


Kredit foto : Reuters


Ketika kejadian, kira-kira 400 orang termasuk wanita dan kanak-kanak dianggarkan berada di atas jambatan tersebut untuk meraikan acara keagamaan mereka sempena Deepavali lalu.

Sebelum itu, jambatan gantung berkenaan mula dibina pada 1888 oleh penjajah British terpaksa ditutup buat sementara selama tujuh bulan untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih jambatan berkenaan.



Sebaik sahaja kerja-kerja tersebut siap dilaksanakan sepenuhnya pada 24 Oktober 2022, ia dibuka semula kepada orang ramai sejak 26 Oktober 2022 lalu.

Sementara itu, Stesen Penyiaran NDTV melaporkan, struktur jambatan itu tidak mempunyai sijil keselamatan dan menurut saksi, jambatan berkenaan bergoyang-goyang sebelum ia runtuh. - KitaReporters


14
15
0
21
0
You will be interested