Seni & Sukan 07 Oct, 2022

Boleh dengar Molek FM di Kuantan! Menerusi frekuensi 100.4! Sembang santai dengan Gu Pantai Timur!

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this


PENDENGAR di Kuantan, Pahang kini mempunyai satu lagi alternatif untuk mendengar siaran radio yang menepati citarasa dan halwa telinga dengan kemunculan stesen radio terbaharu Molek FM menerusi frekuensi 100.4 FM yang dilancarkan secara rasminya pada Ahad, 2 Oktober 2022 lalu.

Selepas sembilan bulan beroperasi di Kota Bharu, Kelantan menerusi frekuensi 105.1 dan 93.6 di Kuala Terengganu, Terengganu ternyata Molek FM yang dikendalikan oleh Media Prima Audio (MPA) itu semakin mendapat tempat kalangan pendengar terutama dalam kalangan pendengar pantai timur.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan stesen-stesen radio

Nazri Noran


Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran, berkata Molek FM dengan slogan Gu Pantai Timur yakin stesen radio itu mampu menarik minat pendengar melalui gaya hidup, warisan dan tradisi setempat selain memainkan muzik terbaik yang dikenali ramai.

Beliau berkata Molek FM yang menyasarkan pendengar berusia 18 hingga 39 tahun selain memberi tumpuan kepada pendengar berusia 24 hingga 34 tahun berbeza dari segi penyampaiannya apabila menggunakan dialek mengikut negeri masing-masing.

“Penyampai menggunakan bahasa dan loghat setempat, justeru dengan adanya siaran ini, pendengar akan menjadi lebih seronok kerana boleh menggunakan dialek tempat masing-masing ketika berkomunikasi.

“Penyampainya pula berasal dari ketiga-tiga negeri ini yang secara tidak langsung akan memudahkan mereka berbual bersama pendengar, ” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Molek FM di Rimba By Loft di Kuantan pada Selasa,  4 Oktober 2022. 

Majlis diserikan dengan nyanyian artis jemputan Ippo Hafiz atau nama sebenar Muhammad Hafiz Yaziz dan Scha Rianda (Noor Shahida Mohd Nawi).


Nazri Noran (empat dari kanan) bergambar kenangan dengan penyampai Molek FM selepas majlis pelancaran.


Dalam pada itu, Nazri berkata. Molek FM menerima Anugerah Kecemerlangan Dalam Komunikasi Media bagi kategori radio pada Anugerah Perniagaan Keusahawanan Kelantan2022.10.

 “Ini menunjukkan dalam masa singkat Molek FM berjaya memberi impak positif menerusi konten yang berkualiti dan bertepatan dengan selera pendengar panntai timur," katanya.

Katanya lagi, Molek FM juga berjaya mengumpul hampir 300,000 pendengar setiap minggu dan hampir dua juta pendengar setiap minggu menerusi live streaming melalui website, YouTube live dan aplikasi Audio+.

Kita juga berjaya mencapai 50,000 followers dalam TikTok sekali gus menjadikan Molek FM sebagai radio paling pantas di Pantai Timur menerusi aplikasi TikTok Malaysia,” katanya.


Antara tetamu yang hadir di majlis pelancaran Molek FM di Kuantan


Menurutnya, Molek FM juga menganjurkan kempennya Oghe Molek O’Betty by Glow Glowing’ serentak dengan pelancaran stesen radio berkenaan.

“Konsep kempen ini memerlukan pendengar untuk mengikuti siaran Molek FM bagi menjejaki lelaki misteri yang akan memberikan hadiah wang tunai kepada mereka.

“Pendengar yang berjaya menjejaki lelaki misteri atau Oghe Molekbakal menerima wang tunai RM10,000,” katanya.



Sementara itu, lima penyampai popular dan pengalaman, Mat Dan, DJ Naz, Mek Zura, Fizie dan Kai serta DJ baru, Kamilia ditugaskan mengendalikan segmen masing-masing pada waktu-waktu ditetapkan.

Mat Dan yang sebelum ini bertugas sebagai penyampai sambilan begitu teruja dapat bergandingan dengan DJ Naz di segmen Molek Petang yang bersiaran pada jam 3 hingga 7 petang setiap hari.

“Saya gembira, teruja dan bersyukur dapat bekerja dengan tim yang berpengalaman dalam dunia penyiaran terutama DJ Naz dan Mek Zura yang terkenal di Gegar THR sebelum ini.

“Ia adalah sesuatu yang tidak dijangkakan dan I take for granted dan akan bekerja dengan sebaik-baiknya untuk menaikkan nama Molek FM seiring dengan stesen radio yang lain,” katanya.


Penyampai Molek FM bersama pendengar setia


Mek Zura pula berkata, pada awalnya dia teragak-agak untuk menerima tawaran Molek FM kerana kurang yakin dengan kemampuan stesen baharu itu.

“Telahan saya silap. Molek FM dan Media Prima Audio sendiri dibarisi mereka yang berpengalaman dalam dunia penyiaran dan dalam tempoh beberapa bulan sahaja, siaran radio ini begitu diminati dan ratingnya sangat tinggi.

“Gandingan saya dengan Fizi menerusi segmen Molek Pagi mulai jam 6 hingga 10 pagi begitu dekat di hati pendengar.

"Mereka sentiasa teruja dengan permainan yang saya perkenalkan seperti ‘guloley’ iaitu menguji pendengar untuk menyambung suku akhir perkataan dan ‘lapar bua’ iaitu berbincang mengenai apa sahaja topik yang terlintas di fikiran,” katanya. KitaReporters 


Dari kiri, Mat Dan, Kai, Cammy, artis jemputan, Scha, Mek Zura, Fizie dan Nazz.

14
9
0
9
0
You will be interested