Produk & Promosi 19 Nov, 2024

Video| Produk organik lebih selamat! Skrab dan pelembab bibir Magnifique by Lynnsha 100% organik!

Share this



Memang tidak dinafikan bibir yang sihat akan membantu seseorang wanita khususnya menaikkan seri wajah agar sentiasa kelihatan awet muda dan cantik jelita. 

Namun kadangkala ramai yang kurang mengambil perhatian dalam meneliti atau mencari bahan yang terkandung dalam kosmetik penjagaan bibir. 

Ketua Pegawai Eksekutif Magnifique by Lynnsha, Boey Sabnam Habib Rahman berkata, produk 100 peratus organik sangat penting bagi penjagaan wajah dan tubuh badan terutama bagi produk penjagaan bibir kerana tanpa sedar kosmetik yang digunakan pada bibir seperti pelembab bibir akan ditelan dan masuk ke dalam mulut apabila makan atau minum.




“Kami menghasilkan dua jenis produk iaitu skrab dan pelembab bibir yang membantu melembab serta menyihatkan agar sentiasa lembut dan anjal sepanjang hari. 

"Set pelembab bibir Magnifique ini membantu mengekalkan kelembapan selama lebih 12 jam dengan meningkatkan kolegen mengurangkan garis halus dan kedutan pada bibir.

“Pelembab bibir ini juga boleh digunakan sebagai asas sebelum aplikasi gincu, seterusnya melindungi bibir daripada persekitaran dan sinaran UV yang berbahaya,” katanya kepada KitaReporters.

Penggunaan pelembab bibir Manigfique yang 100 peratus organik secara konsisten boleh menyumbang kepada kesihatan bibir secara menyeluruh.


Boey Sabnam Habib Rahman


Julia Sintu


Sementara itu, Pegawai Pemasaran Magnifique by Lynnsha, Julia Sintu berkata, penggunaan secara berterusan mampu membolehkan pengguna mempamerkan bibir kosong tanpa kosmetik dengan yakin tanpa perlu menyesal pada kemudian hari.

“Bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak daun rosemery yang terkandung di dalam pelembab bibir kami mempu meningkatkan pengeluaran kolegen semula jadi pada bibir.

“Selain itu pelembab bibir Magnifique juga berfungsi menambahkan kelembapan dan mengurangkan penghidratan,” tambahnya.



Skrab bibir Manigfique dijual pada harga RM25, manakala pelembab bibir pula RM28 dan sempena dengan kempen pengenalan produk, Magnifique by Lynnsha menawarkan promosi RM49.90 untuk dua item istimewa ini. 

Harga asal skrab bibir RM35, pelembab bibir RM39 dan untuk kedua-dua item berharga RM69.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk terbaik ini, bolehlah melayari media sosial TikTok, Instagram, dan Facebook Magnifique by Lynnsha atau menghubungi hotline menerusi talian 0123640007 jika berminat menjadi ejen atau stokis. - KitaReporters



16
14
0
26
0
You will be interested