Seni & Sukan 18 Jun, 2025

Video| Sheqal berbakat tapi tak menonjol! Bawa muzik nusantara! Hasrat bertemu 2 anak tak kesampaian!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.



Dalam bidang seni, mempunyai bakat sahaja tidak dapat memastikan seseorang insan seni itu akan berjaya dalam bidang yang diceburi sehingga menyebabkan dia kecewa dan enggan meneruskan kerjaya seninya. 

Itulah yang dialami penyanyi Sheqal atau nama sebenarnya Shahrin Salehuddin, 60. 

Sheqal diperkenal sebagai penyanyi genre muzik nusantara dan pop tradisional oleh komposer Manan Ngah melalui Ciku Records milik Manan dan album diedar oleh BMG Music.

Manan Ngah yang ketika itu masih bekerja di BMG Music mengenali Shahrin ketika bekerja sebagai tukang jahit dan tampal kasut di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur.

Ketika bekerja Sheqal turut menyanyi dan Manan tertarik dengan bakat Shahrin yang mempunyai suara yang unik. Lalu dia melamar Shahrin menjadi artis rakaman rumah produksinya, Ciku Records. 


MANAN NGAH

Walaupun bekerja dengan syarikat rakaman besar BMG Music, namun Manan tetap dibenar mempunyai rumah produksi sendiri dan dia menamanya sebagai Ciku Records. 

Bagaimanapun hasil penerbitan Ciku Records harus dipasarkan oleh BMG Music. Malah Manan yang memberi nama komersial  Shahrin sebagai sebagai Sheqal.

Namun walaupun memiliki sejumlah lagu bergenre balada nusantara dan pop tradisional yang baik ciptaan Manan Ngah, namun  penjualan empat albumnya kurang mendapat sambutan walaupun berjaya berjaya mempopularkannya buat seketika.

Lagu ‘Cinta Nusantara’ iaitu antara karya agung (masterpeace) Manan Ngah dan lirik puitis Habsah Hassan yang mempopularkan Sheqal melalui album pertama pada 1990.  

Namun kontrak rakaman Sheqal tidak disambung selepas menghasilkan empat album bergenre balada nusantara dan pop tradisional bermula dengan  ‘Balada Nusantara’ (1990), ‘Pudar Yang Tersirat Pasrah’ (1991), ‘Cahaya’ (1994) dan  ‘Lambaian’ (1998).



Sheqal turut berbakat mencipta. Antara lagu popular ciptaan melodi dan liriknya ialah ‘Ratip Orang Lautan’ yang muncul sebagai antara lau yang bertanding dalam peringkat akhir Juara Lagu TV3 1994. Satu lagi lagu popular ciptaan melodi dan liriknya ialah 'Sepohon Tapi Tak Serasa'

Walaupun Sheqal berjaya meraih populariti namun jualan album-album bergenre balada nusantara dan pop tradisionalnya kurang memberansangkan menyebabkan Sheqal terpaksa bersara sebagai artis rakaman.



Namun ketika masih popular dalam senyap Sheqal  bercinta dengan Raja Ema iaitu penyanyi pop yang sedang top ketika itu. Sheqal dan Raja Ema berkahwin pada 1993  dan ia sesuatu yang mengejutkan dalam industri seni tempatan ketika itu.

Namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama 5 tahun dengan perceraian pada 1998 kerana krisis ketika sudah mempunyai dua anak iaitu Putera Ammar, ketika itu baru berusia 2 tahun dan Putera Al-Kasyah masih belum setahun. Kini kedua-duanya sudah berusia 30 dan 28 tahun.


Hasrat Sheqal bertemu dengan dua anak bersama bekas isteri, Raja Ema tidak kesampaian. - Ktredit foto: myartis.com


Setelah bercerai dan berhenti sebagai artis rakaman, Sheqal menjalankan perniagaan dan menjadi guru motivasi. 

Dan pada tahun 2000, Sheqal berkahwin lagi dengan Normah Mohd Yussof dan memperoleh sepasang cahayamata, Muhammad Fatullah Shaharim, 21, dan Ummu Hani, 20.

Sheqal mula kurang sihat sejak tahun 2000 dengan pelbagai penyakit dan pada 2023 dia diserang angin ahmar menyebabkan dia terpaksa mengguna kerusi roda.

Dalam keadaan tidak sihat itu Sheqal menghabiskan masa dengan melukis iaitu antara bakat semula jadinya dan mencipta sejumlah puisi berbentuk kemasyarakatan dan ketuhanan dan bercadang untuk membukukannya. Namun hasratnya  tidak kesampaian.

Sheqal ketika tidak sihat meluahkan hasrat untuk bertemu dengan dua anaknya bersama bekas isteri Raja Ema. Namun hasrat itu juga tidak kesampaian.


Sheqal bersama Normah Mohd Yussof.


Sheqal yang tinggal di Seremban, Negeri Sembilan dimasuk ke Hospital Tuanku Jaafar pada 4 Jun 2025 dan ditidurkan. Dan pada 12.31 tengah hari 17 Jun 2025, Sheqal menghembus nafas terakhir. 

Turut menyaksikan detik kematiannya ialah Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave dan anggota Pemegang Amanah, Nash. 

DJ Dave dan Nash datang menziarah dan menyampaikan sumbangan untuk Sheqal dan keluarganya dan tidak menyangka menyaksikan detik kepergian Sheqal yang turut disaksi isteri dan dua anaknya. YKAT kemudian memberi sumbangan untuk menguruskan pengkebumian Sheqal.

Jenazah Sheqal dibawa ke kampungnya di Raub, Pahang untuk dikebumi atas permintaan emaknya.

Sheqal akan terus diingati kerana lagu-lagu dendangannya akan terus berputar dalam siaran Radio Klasik, RTM. Semoga Allah meletakkan roh arwah bersama-sama orang beriman lagi bertakwa. Amin!! - KitaReporters


Normah Mohd Yussof menyiram air mawar di pusara suaminya, Sheqal. - Kredit foto: BH Online

13
13
0
16
0
You will be interested