Insan & Komuniti 30 Jun, 2025

Tolong kami! Bantu Rumah Bakti Ayah Bonda! Lindungi anak yatim, miskin perempuan! Usia 4-17 tahun!

@nazar hashim
Emel: nazarhashim10@gmail.com

Share this

Rumah Bakti Kasih Ayah Bonda yang menjadi tempat perlindungan 16 anak yatim dan miskin perempuan di Alma, Bukit Mertajam 

Tempat tidur yang disediakan untuk semua penghuni kelihatan selesa dan bersih.

Berpengalaman tinggal bersama anak yatim semasa kecil memberi inspirasi kepada Siti Nur Ain Syahirah Johari untuk meneruskan legasi ayahnya yang mempunyai rumah anak yatim juga sebelum ini.

Kini beliau bersama suami Mohd Fitri Ilias membuka sebuah rumah anak yatim piatu, miskin serta asnaf di Taman Mega Jaya, Alma, Bukit Mertajam.

Rumah Bakti Kasih Ayah Bonda yang menempatkan 16 orang  anak yatim dan miskin berusia antara 4 hingga 17 tahun dikelola oleh 4 orang pembantu.


Siti Nur Ain Syahirah Johari atau Ira yang menjadi penggerak utama Rumah Bakti Kasih Ayah Bonda. 

"Pada peringkat awal penubuhan rumah ini, penghuninya hanyalah 4 orang di mana mereka adalah anak-anak yang terkesan dengan PKP pada tahun 2020.

"Kini penghuninya sudah bertambah kepada 16 orang. Mereka pula dijaga seperti anak sendiri dan diberi kasih sayang serta mempunyai rutin aktiviti harian sejak awal pagi sehinggalah ke malam.

"Manakala kos perbelanjaan mereka ditanggung oleh Jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Kasih Ayah Bonda. Sekiranya perbelanjaan tidak mencukupi bantuan orang ramai menjadi dokongan utama mahupun wang poket kami sendiri," ujar Siti Nur Ain Syahirah yang lebih selesa dengan panggilan Ira.


Antara aktiviti yang disediakan selepas solat.

Solat berjemaah menjadi satu aktiviti yang senantiasa diberi keutamaan.

Untuk kos pengangkutan van sekolah pula katanya, setiap bulan sebanyak RM50 seorang diperlukan bagi sekolah rendah dan RM90 seorang untuk sekolah menengah.

Sementara itu, kos sewa rumah kediaman ini pula adalah sebanyak RM1,500 sebulan dan kos perbelanjaan sebulan menelan belanja antara RM8,000 hingga RM9,000.

Jelas Ira lagi, pengalaman semasa ayahnya mengurus rumah anak yatim sebelum ini memberi semangat kepada beliau dan dua orang lagi kakaknya untuk membuka rumah anak yatim dan kasih ayah bonda.

Kini kakak sulung beliau mempunyai rumah perlindungan yang sama di Perak dan kakak keduanya turut mempunyai rumah yang sedemikian di Bangi, Selangor.


Jamuan dan menjamu selera di pekarangan asrama secara santai oleh semua penghuni.

Antara anak-anak yang menghuni Rumah Kasih Ayah Bonda.

Namun begitu bagi masyarakat yang ingin berkongsi rezeki dengan anak-anak yatim Rumah Bakti Kasih Ayah Bonda Bukit Mertajam boleh menyalurkan sumbangan mereka ke akaun Bank Rakyat bernombor 1102127685 atas nama Pertubuhan Kebajikan Kasih Ayah Bonda Bukit Mertajam.

Mereka juga boleh dihubungi melalui nombor pejabat 04-5514065. - KitaReporters


Para penghuni asrama bergambar beramai-ramai.

21
19
0
13
0
You will be interested