Alam & Sains 13 Jun, 2025

Syabas IJN! Pertama di Asia Tenggara! Perentak jantung dwiruang Aveir Dr! Peranti rawat bradikardia!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, stringer dan sub-editor tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, DNA Takrawnomi, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. Pegawai Teknikal Antarabangsa Sepak Takraw Sukan Pantai Asia Muscat, Oman 2010, Sukan SEA Hanoi, Vietnam 2022 dan Piala Dunia Sepak Takraw Istaf Bihar, India 2025. E-mel: timmediasepaktakraw@yahoo.com

Share this

PACEMAKER Abbott Aveir Dr yang diimplankan oleh IJN pada 18 pesakitnya sejak 27 Mei 2025 lalu. 


ALAT bantuan jantung Abbott Aveir Dr tampil dengan menawarkan penyelarasan degupan jantung yang lebih semula jadi, sekali gus mampu meningkatkan kualiti hidup pesakit menerusi pelaksanaan implan perentak jantung (pacemaker) dwiruang tanpa wayar pertama di dunia.

Kehadirannya sebagai pilihan inovatif dalam merawat pesakit yang mengalami degupan jantung perlahan atau tidak teratur, juga membantu Institut Jantung Negara (IJN) mencipta sejarah sebagai pusat perubatan pertama di Asia Tenggara menggunakannya pada 5 Jun 2025 lalu.

“IJN terus menjadi peneraju dalam rawatan jantung di Malaysia dan serantau yang menggunakan sistem pacemaker baharu Aveir Dr yang memansuhkan penggunaan wayar dan poket pembedahan serta mengurangkan risiko komplikasi seperti jangkitan, wayar tercabut atau saluran darah tersumbat dengan ketara.

“Teknologi ini turut mengubah landskap perubatan sejak beberapa dekad lalu malah memanfaatkan terutama mereka yang berisiko tinggi terhadap komplikasi dan penggunaan alat konvensional,” kata Pakar Perunding Kanan dan Pengarah Klinikal - Intervensi Elektrofisiologi dan Peranti Boleh Diimplan IJN, Datuk Dr. Azlan Hussin dalam siaran media.


PERBANDINGAN jenis pacemaker tanpa wayar yang berbeza antara dwiruang (bawah) yang berteknologi baharu dengan satu ruang tradisional.  


Aveir Dr. merupakan lonjakan besar dalam teknologi pacemaker kata beliau, berbeza dengan perentak jantung tradisional yang diletakkan di bawah kulit dengan wayar disambungkan kepada jantung sebaliknya menggunakan dua perentak jantung yang lebih kecil dan diimplan terus ke dalam atrium dan ventrikel kanan jantung.

Sehingga kini katanya, 18 pesakit telah menerima peranti baharu itu dengan pengimplanan pertama dilakukan IJN pada 27 Mei 2025 lalu.

“Rangka sistem ini dibina berlandaskan teknologi komunikasi i2i (implan ke implan) Abbott yang membolehkan penyelarasan masa nyata dan tanpa wayar antara dua peranti menerusi gelombang frekuensi tinggi yang dihantar melalui aliran darah semula jadi badan.

“Teknologi yang diluluskan Pentabiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat pada Jun 2023 ini, membolehkan penyelarasan degupan secara berterusan malah memanjangkan jangka hayat peranti dengan menggunakan kuasa bateri yang lebih rendah daripada kaedah tanpa wayar tradisional seperti Bluetooth atau isyarat frekuensi radio. 

"Terdapat juga ciri-ciri pengubahsuaiannya untuk keperluan terapeutik masa hadapan,” katanya.


PASUKAN pakar pembedahan IJN yang diketuai Azlan Husin (berdiri, lima dari kanan) bergambar dengan peranti pacemaker dwiruang tanpa wayar berteknologi baharu Abbott Aveir Dr.  


Teknologi Aveir Dr jelasnya, turut menyediakan analisis rentakan yang membolehkan pakar perubatan mengesahkan penempatan peranti yang betul ketika prosedur sebelum pengimplanan ke dalam ruang jantung, sekali gus menangani keperluan pesakit yang mempunyai penyakit bradycardia (bradikardia) atau kadar degupan perlahan).

“Inovasi di IJN ini juga ialah mengenai mencipta impak yang bermakna dan lonjakan besar dalam penjagaan kesihatan jantung. IJN percaya, kesedaran, intervensi awal dan penggunaan penyelesaian teknologi canggih harus berjalan seiring memandangkan penyakit kardiovaskular kekal sebagai satu cabaran utama negara,” katanya.

Institut ini turut memainkan peranan penting dalam pembangunan dan penilaian klinikal awal dalam teknologi perentak jantung generasi baharu serta menjadi hospital pertama di luar Amerika Syarikat pada 2018 yang menjalankan implan Micra AV, pacemaker terkecil di dunia.

Sejak ditubuhkan pada 1992 sebagai pusat penjagaan lanjutan penyakit jantung, paru-paru dan vaskular serta pusat rujukan tertiari terulung negara, IJN telah menguruskan kes kompleks seperti 4,400 pembedahan kardiotoraks dan 17,000 prosedur kateterisasi jantung setiap tahun selain lebih 1,500 pembedahan jantung pediatrik malah melayani lebih 15,000 pesakitnya setiap tahun. - KitaReporters


AZLAN Husin (kiri) bersama-sama Ketua Pegawai Klinikal dan Perunding Kanan Kardiologis IJN, Datuk Dr. Shaiful Azmi Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IJN, Prof. Datuk Seri Mohamed Ezani Md. Taib menunjukkan peranti pacemaker dwiruang tanpa wayar berteknologi baharu Abbott Aveir Dr.  

9
13
0
10
0
You will be interested