
Kakitangan perubatan sedang merawat pesakit kanser.
Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan antara beberapa institusi di dunia yang telah dikenal pasti sebagai ‘Pusat Kecemerlangan’ berprestij bagi rawatan ‘brachytherapy’ (brakiterapi) kanser kepala dan leher oleh BrachyAcademy, sebuah organisasi saintifik yang berpengkalan di Belanda.
Ini terbukti
apabila seorang penyelidik dari USM telah menerima pengiktirafan antarabangsa
di pertemuan ‘European Society for Radiotherapy and Oncology (ESTRO) 2025’
yang berlangsung di Vienna, baru-baru
ini.
Penyelidik
tersebut, Profesor Madya Dr. Gokula Kumar Appalanaido, serta pasukannya telah
mencipta kejayaan dianugerahkan ‘Sijil Abstrak Pencapaian Tinggi’ (Top-Scoring Abstract Certificate), yang
menempatkan ia dalam kalangan lima peratus teratas kertas yang terhasil pada peringkat global.
Ahli-ahli lain pasukan yang terlibat dalam usaha penemuan dan membangunkan kaedah HyBIRT di Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) ini termasuk Profesor Madya Dr. Yusri Musa (pakar bedah ENT), Dr Ahmad Fakrurrozi Mohamad (pakar bedah OMF), Dr Jasmin Jalil (Pakar Onkologi Klinikal) dan Profesor Madya Dr Mohd Zahri Abdul Aziz (Pakar Fizik Perubatan).

Kumpulan penyelidik USM yang menerima pengiktirafan di Vienna, baru-baru ini.
USM dalam kenyataan media berkata, kejayaan berprestij pada persada antarabangsa itu diperoleh melalui usaha penerokaan dalam abstrak kertas pembentangan bertajuk “Hybrid HDRIBT followed by IMRT (HyBIRT) technique for the definitive treatment of oral tongue SCC (OTSCC) - first in human prospective study”.
“Pengiktirafan
ini juga memperlihat USM mendahului bidang penyelidikan dan rawatan lanjutan
berkaitan kanser, terutama dalam bidang brakiterapi.
“Pendekatan HyBIRT ini adalah kaedah penemuan baharu dalam rawatan organ dan mengekalkan fungsi bagi kanser lidah. Ia mencerminkan kemajuan klinikal yang signifikan dalam pengaplikasian rawatan brakiterapi dan radioterapi -- yang telah dibangunkan, dilaksanakan, dan pada masa ini dikenali dan diiktiraf serata dunia, yang bermula di Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada 15 Mei 2025.

Dua kakitangan perubatan sedang merawat pesakit kanser.
Menurut
kenyataan itu, pengiktirafan yang diperolehi di ESTRO 2025 ini adalah bukti
kemampuan bakat rakyat Malaysia di arena perubatan.
Katanya, ia turut membuktikan pasukan USM HyBIRT secara tidak langsung telah memperkasa nama negara dan memajukan penerokaan penjagaan pesakit kanser secara berimpak, berinovasi serta penuh berintegriti. - KitaReporters