
Sebahagian lembu milik PPN Perak yang diternak di Kampung Tengah, Beruas di Perak
Bidang ternakan
ruminan terus mendapat perhatian dalam usaha kerajaan meningkat bekalan daging tempatan bagi
menampung permintaan di negara ini.
Ini kerana
bekalan daging dalam negeri hanya mencapai 20 peratus sekarang ini dan kerana
itu negara memerlukan meningkatkan bekalan daging tempatan sehingga 25 peratus menjelang 2030.
Justeru itu,
Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak optimis dengan melaksanakan Projek Ternakan Lembu Fidlot dan
Integrasi di Kampung Tengah, Beruas, Perak.
Projek yang dilaksanakan pada 2023 itu kini mempunyai lebih 500 ekor lembu.

Mohamad Sabu (tengah) sedang melihat lembu dalam kandang yang diternak oleh PPN Perak di Kampung Tengah, Beruas di Perak.
Sekarang ini
ladang tersebut memerlukan sebuah pusat sembelihan kerana pusat sembelihan yang ada
terdapat di Taiping, Ipoh dan Teluk Intan terletak jauh dari kawasan ini.
PPN
memerlukan kos di antara RM1.5 juta sehingga RM 2 juta untuk membina sebuah pusat
sembelihan bagi menampung permintaan bekalan daging.
Sehubungan
itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ketika
melawat ladang ternakan lembu milik Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) sedia
membantu ladang PPN untuk membina sebuah pusat sembelihan bagi meningkatkan
produktiviti.
“Langkah itu
perlu kerana pihaknya meletakkan sasaran untuk mencapai tahap sara diri (SSL)
bagi daging tempatan melebihi 25 peratus pada tahun 2030 berbanding 20 peratus pada masa
ini.
“Saya yakin kita boleh mencapainya kerana perkembangan semasa dalam ternakan,” katanya selepas melawat ladang ternakan lembu milik PPN Perak di Kampung Tengah dekat Beruas, Perak pada 15 Jun 2025.

Mohamad Sabu sedang memberi makan rumput kepada lembu ketika melawat ladang ternakan milik PPN di Kampung Tengah, Beruas di Perak
Mohamad
berkata, ternakan di Beruas ini juga perlu dipertingkat kerana kawasan ini sesuai
untuk ternakan lembu dan ayam.
“Kita perlu kawasan
pertanian kerana ia menjadi kawasan food sekuriti (keselamatan makanan) yang utama,” katanya.
Mengenai keadaan
cuaca panas melanda negara, Mohamad berkata, jadual tanaman padi diubah dengan
perbincangan dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan
Pertanian Kemubu (KADA).
“Setakat ini
60 peratus pengeluaran padi bagi negara tidak terjejas,” katanya. - KitaReporters