Kampus & Pendidikan 18 Jun, 2025

Bantuan cermin mata percuma! 2,500 pasang diagihkan kepada pelajar sekolah! 5 daerah Pulau Pinang!

@nazar hashim
Emel: nazarhashim10@gmail.com

Share this

c

Antara waris dan pelajar yang hadir pada program bantuan cermin mata percuma bagi daerah Timur Laut pada 12 Jun 2025.

Apabila rabun menjadi masalah kepada pelajar sudah pasti cermin mata menjadi penyelesai masalah. Namun begitu kos bagi setiap cermin mata bukannya murah, kerana ia melibatkan cermin, bingkai serta jenis buatannya dan kuasa yang diperlukan.

Kos bagi setiap cermin mata menelan belanja ratusan ringgit, apalagi sekiranya keluarga tidak berkemampuan sudah pasti ia sesuatu yang menyukarka bagi pelajar terbabit.

Atas kesedaran dan keperluan tersebut, kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil inisiatif bagi menyumbangkan cermin mata kepada pelajar yang memerlukan.

Sejajar dengan itu sebanyak 2,500 cermin mata percuma telah berjaya diagihkan kepada semua 5 buah daerah di Pulau Pinang merangkumi Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Barat Daya dan Timur Laut.


Dr.Mohamad Abdul Hamid (tiga dari kiri )menyampaikan sumbangan cermin mata kepada salah seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor pada Program Bantuan Cermin Mata Murid Sekolah di Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato' Dr Mohamad Abdul Hamid semasa menyampaikan bantuan cermin mata kepada pelajar  Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor berkata, seramai 500 pelajar bagi setiap daerah menerima sumbangan tersebut.

"Program Bantuan Cermin Mata Murid Sekolah di Pulau Pinang membuktikan kerajaan negeri memandang berat masalah rabun dalam kalangan pelajar dan tidak mahu ada pelajar yang tercicir daripada menerima kemudahan ini.

"Program kerjasama ini turut melibatkan sumbangan daripada Yayasan Sahabat Bina Negara sebanyak RM25,000 dan Wakalah Zakat Etiqa General sebanyak RM475,000.

"Dengan adanya bantuan cermin mata ini diharapkan ia dapat membantu para pelajar mengatasi masalah penglihatan dan pembelajaran dengan lebih baik, khususnya dalam kalangan keluarga B40," ujar beliau.


Pelajar yang menerima bantuan cermin mata percuma kelihatan ceria dan gembira.

Program bantuan cermin mata ini telah dilancarkan pada awalnya bermula di Daerah Barat Daya dan diikuti oleh Seberang Perai Utara serta Seberang Perai Tengah.

Manakala Seberang Perai Selatan pada 2 Mei 2025 dan terakhirnya ialah daerah Timur Laut pada 12 Jun 2025 baru-baru ini. - KitaReporters

23
14
0
4
0
You will be interested