Alam & Sains 06 Mar, 2020

KERANA COVID-19: SEKITAR KAABAH DISTERILISASI

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Pasar kurma di Madinah


Sementara itu di Iran, antara negara yang paling tinggi kes kematian akibat Covid-19 selepas China, pada Jumaat, 6 Mac 2020 mencatatkan 92 kematian, 523 jangkitan baru dan 2,922 lagi pesakit baru,

Timbalan Menteri Kesihatan Alireza Raisi yang dipetik dari portal Berita Harian Online, memberitahu stesen televisyen negara itu,15 orang meninggal dunia menjadikan keseluruhan 92 kes kematian.

Agensi berita Iran Tasnim melaporkan antara yang meninggal dunia ialah ahli Majlis Kesejahteraan Iran, Mohammad Mirmohammadi. 

Manakala yang disahkan dijangkiti ialah Naib Presiden Hal-Ehwal Wanita dan Keluarga, Masoumeh Ebtekar dan Timbalan Menteri Kesihatan, Iraj Harirchi.

Iran memutuskan supaya solat Jumaat di masjid di bandar utama dibatalkan dan sekolah juga ditutup pada Sabtu, 7 Mac 2020 bagi melihat kesan wabak sehingga hujung minggu.

Ada laporan yang menyebut sekiranya Kerajaan Arab Saudi melanjutkan penangguhan umrah sehingga musim haji, sudah tentu akan membabitkan jutaan jemaah yang sudah merancang ke kota sudi itu menjelang Ramadan lagi. 

Tahun lalu, 7.5 juta jamaah dari seluruh dunia menunaikan umrah. - KitaReporters

Laporan dan statistik terkini mengenai COVID-19 boleh diikuti di https://kitareporters.com/coronavirus



0
0
3
0
0
You will be interested