POLIS akan menegur penjual menggunakan pembesar suara dron sekiranya berlaku perlanggaran SOP. - Kredit foto: Kosmo.
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan dron bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan dan Aidilfitri di sekitar Lembah Klang.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dron PDRM berkenaan digunakan dari udara kerana PDRM mengalami kesukaran untuk memantau SOP di kesemua bazar.
“Seperti diketahui agak sukar untuk memantau kehadiran pengunjung ke dalam sesebuah bazar yang pada malam kebiasaannya boleh mencecah 2,000 hingga 3,000 pengunjung.
“Jumlah itu
bagaimanapun boleh mencecah lebih lagi dan polis yang mengoperasikan dron ini
akan memastikan pengunjung yang hadir ke bazar-bazar berkenaan mematuhi SOP,”
katanya yang dipetik oleh Bernama pada Sabtu, 1 Mei 2021.
Penggunaan dron dalam masa sama mampu memberikan gambaran jelas sama ada penjarakan fizikal di sesetengah bazar dipatuhi atau sebaliknya.
TIMBALAN Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dron PDRM berkenaan digunakan dari udara kerana PDRM mengalami kesukaran untuk memantau SOP di semua bazar.
Sementara
itu, Ketua Unit Dron Pasukan Gerakan Udara PDRM, Supt Rasha Azaldin Shafii
berkata pihaknya telah menggunakan dron untuk memantau pematuhan SOP di
bazar-bazar sejak Khamis, 29 April 2021 lagi.
“Beberapa
pasukan unit dron akan dibahagikan untuk memantau beberapa bazar yang dikenal
pasti di sekitar Lembah Klang.
“Kebiasaannya,
kami akan memulakan penugasan unit dron di bazar selama 30 minit untuk memantau
SOP. Pasukan saya akan mula menerbangkan dron pada waktu petang,” ujarnya.
Dalam masa sama,
pihaknya hanya memantau SOP di bazar berdasarkan arahan Ketua Polis Daerah
sekiranya perlu dan bukanlah sepanjang masa.
Rasha
berkata segala video dan gambar akan dirakamkan dan boleh dilihat di pusat
operasi unit dron yang ditetapkan.
Tegas beliau, dari pusat operasi dron itu apabila dron diterbangkan dan boleh melihat segala pergerakan pengunjung di bazar.
"Sekiranya kelihatan mereka tidak mematuhi SOP dron polis akan terus menegur melalui pembesar suara dron," tambahnya. -KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
GAMBAR hiasan... pusat operasi dron akan melihat segala pergerakan pengunjung di bazar.