Alam & Sains 19 Mar, 2020

DUDUK DI RUMAH, HAYAT COVID-19 2 MINGGU JE!!

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this
PENGUMUMAN kali kedua Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyatnya  untuk membataskan pergerakan dan aktiviti secara serius menggambarkan Malaysia dalam keadaan yang sangat menggusarkan. : KItaReporters

Foto diambil dari Facebook @Buletintv3


Peningkatan secara mendadak dengan penambahan 170 kes menjadikan angka kesuluruhan sebanyak 790 kes menjadikan Malaysia perlu melakukan langkah ketat dan drastik bagi mengekang COVID-19 dari berkembang luas di Malaysia.

Sikap degil rakyat yang keluar pulang ke kampung halaman tanpa urusan penting, melepak di warung kopi dan mamak, berniaga secara terbuka akan lebih mendatangkan risiko jangkitan ke atas manusia atau kawasan yang tidak pernah dimasuki wabak.

Perintah Larangan Pergerakan yang diumumkan PM selama 2 minggu adalah bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan virus sesama manusia selain COVID-19 mempunyai jangka hayat inkubasi selama dua minggu untuk dimatikan.



"Saya minta tolong untuk dua minggu ini sahaja. 

"Kenapa? Sebab kita mahu putuskan rantaian jangkitan virus sesama manusia. We want to break the chain of infection.

"Supaya jumlah orang yang terkena infection dan jangkitan ini akan reda dan pulih selama tempoh dua minggu dalam pengawalan kita", jelasnya.

Selain itu PM turut menasihatkan agar sentiasa berada di rumah dan tidak ke mana-mana sekiranya tiada urusan mustahak yang memerlukan pergerakan susulan.


Cuti yang diisytiharkan kerajaan selama dua minggu bukanlah suatu yang sia-sia kerana dalam tempoh cuti yang diberikan  itu mampu mengurangkan sentuhan sesama manusia sehari-hari.

Bukannya waktu untuk bercuti, melepak dan melancong bersama keluarga dan kawan-kawan atau untuk 'beraya' dan balik kampung!!

"Kenapa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini selama dua minggu? Ini kerana COVID-19 mempunyai hayat inkubasi (incubation) selana dua minggu.

"Jangan pula gunakan peluang dua minggu ini untuk lepak di kedai minum mamak.

"Saya lihat lebuh raya sesak dengan kenderaan yang menuju ke arah utara, selatan dan timur. Stesen-stesen bas pula sesak dengan orang ramai yang ingin pulang ke kampung. 

"Ini akan meningkatkan risiko jangkitan, elakkan dari melepak di restoran, kopitiam, di pusat hiburan atau dimana-mana sahaja tempat yang terdedah dengan virus COVID-19", tambah Muhyiddin.


 

3
1
9
0
0
You will be interested