Alam & Sains 12 Sep, 2021

6 gadis remaja tak berpakaian diarak di sekitar kampung! Satu acara ritual untuk minta hujan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


ENAM gadis remaja di India tanpa segan dalam keadaaan bogel diarak di sekitar perkampungan mereka sebagai salah satu acara dari ritual mengikut kepercayaan keagamaan supaya dewa dapat menurunkan hujan di kawasan mereka

Insiden yang terjadi di sebuah desa pada Isnin, 6 September 2021 lalu, di mana desa terbabit dilanda masalah kemarau panjang sejak sekian lama yang terletak di Wilayah Bundelkhand, negeri Madhya Pradesh.

Akibatnya, kawasan tanah pertanian mereka menjadi kering kontang dan telah menjejaskan pendapatan sebahagian besar penduduk yang kebanyakannya kehidupan mereka bergantung kepada hasil pertanian.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bogel

Gadis-gadis remaja berbogel (gambar kabur) diarak sekitar kampung dalam satu kepercayaan untuk meminta hujan turun di sebuah perkampungan di Bundelkhand, Madhya Pradesh pada 6 September 2021. - Kredit foto: The Times of India


Video ritual itu yang dirakam menjadi viral dalam media sosial di negara itu menunjukkan gadis-gadis remaja terbabit berjalan tanpa berpakaian bersama beberapa wanita lain sambil memegang sebatang kayu yang diikat dengan seekor katak yang diletakkan pada bahu gadis itu.

Apa yang dilakukan oleh enam gadis muda itu atas kerelaan hati mereka adalah salah satu usaha yang terakhir mengikut kepercayaan warga kampung di situ untuk mendapat simpati daripada dewa hujan dan katak yang disertakan sama dalam ritual itu kerana haiwan itu dikatakan begitu senonim dengan hujan.


KEMARAU panjang menyebabkan tanah kering kontang serta merekah di Wilayah Bundelkhand sejak beberapa bulan lalu.


Turut sama dalam acara ritual warga desa berserta nyanyian lagu-lagu pujian dewa hujan itu,  ibu bapa gadis terbabit yang akan bersama dengan anak-anak mereka pergi ke setiap rumah warga untuk meminta beras ataupun makanan lain di rumah masing-masing.  

Barangan makanan yang disumbang oleh warga itu akan dihantar ke kuil di kampung mereka untuk dilakukan upacara keagamaan mereka.

Laporan The Times of India pada Selasa 7 September 2021 lalu menyebut, ritual yang dilakukan itu kerana mereka beranggapan akan menyenangkan serta mendapati simpati selain doa petani akan dimakbulkan oleh dewa hujan itu agar hujan akan turun secepat mungkin di wilayah tersebut.


Kredit Foto : The Times of India


Sementara itu, Suruhanjaya Nasional Perlindungan Kanak-Kanak India telah meminta laporan daripada pihak polis Damoh yang menempatkan penduduk kampung terbabit di daerah itu.

Polis Madhya Pradesh menyatakan setakat ini pihaknya belum menerima laporan rasmi dan kejadian itu diketahui dalam laman sosial dan pihaknya akan menjalankan siasatan acara itu secara terperinci.

"Tindakan akan diambil terhadap pihak penganjur jika terbukti gadis-gadis itu dipaksa berbogel kemudian diarak di keliling kampung mereka,’’ kata Pegawai Polis Damoh, Dr. Teniwar kepada The Times of India.

Namun, menurut pentadbiran Damok, ibu bapa gadis-gadis berkenaan telah bersetuju dengan anak-anak mereka berbuat demikian dan mereka juga menyertai sama acara ritual itu yang diadakan baru-baru ini. - KitaReporters


16
13
2
19
4
You will be interested