Alam & Sains 07 Apr, 2020

SIAP!! ILKBS BUAT PERALATAN BAGI FRONTLINERS

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this
Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Malaysia menghasilkan 2,500 unit Personal Protective Equipment (PPE) Head Cover (Penutup Kepala Pakaian Perlindungan Diri) dan 200 keping Face Shield (Pelindung Muka) bagi menampung keperluan petugas di klinik dan hospital yang bertugas memerangi pandemik penyakit Koronavirus-20119 (Covid-19). : KitaReporters

Dato’ Seri Reezal Merican sedang mencuba Face Shield yang dihasilkan oleh IKTBN Dusun Tua 


Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, lapan buah ILKBS yang terlibat dalam penyediaan PPE Head Cover dan Face Shield itu ialah IKTBN Sepang, IKBN Kuala Langat, IKTBN Temerloh, IKTBN Pagoh, IKBN Wakaf Tapai, IKTBN Bukit Mertajam, IKBN Peretak dan IKTBN Dusun Tua.

"Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah KBS ini memahami, dalam keadaan sekarang, sumbangan tenaga dan kepakaran dalam pembuatan amat diperlukan.

"Oleh itu, kita menggunakan kepakaran staf dan peralatan yang ada untuk menyediakan PPE dan Face Shield ini bagi kegunaan petugas barisan hadapan ini," katanya ketika ditemui semasa membuat lawatan kerja ke IKTBN Dusun Tua, di Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.

Dato’ Seri Reezal Merican (kiri) mendengar taklimat daripada Pengarah IKTBN Dusun Tua, Dalila Saringat (tengah).


Beliau juga memaklumkan IKBN Jitra, Kedah juga telah menyediakan PPE Head Cover sebanyak 2,500 keping yang bermodalkan sumbangan dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk diagihkan kepada pihak yang memerlukan.

Reezal Merican menambah penyediaan ini kerana menyedari tugasan kritikal petugas-petugas di barisan hadapan (frontliners) yang membantu menangani isu Covid-19 ini.

ILKBS juga akan berusaha untuk membantu menyediakan keperluan ini sekiranya ada pihak-pihak yang mempunyai dana untuk bekerjasama dengan mereka nanti, tambahnya.

Face Shield (Pelindung Muka)


Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Dato’ Wasitah Mohd Yusof yakin staf di semua ILKBS akan berusaha membantu negara dalam menyediakan PPE Head Cover dan Face Shield nanti.

"Dengan kemahiran, kepakaran dan peralatan yang ada kita akan cuba membantu,’" katanya.

Turut hadir dalam lawatan tersebut, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Datuk M Noor Azman Taib. - KitaReporters

Staf IKBN Jitra menyediakan Personal Protective Equipment (PPE) 


Staf IKBN Jitra menyiapkan Personal Protective Equipment (PPE)

2
3
0
0
0
You will be interested