Alam & Sains 20 Oct, 2021

Di mana mereka? 74,910 penduduk Terengganu belum terima vaksin COVID-19! Usaha cari digerakkan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Orang ramai hadir mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Terengganu


KERAJAAN Terengganu sedang mencari penduduk dewasa di negeri ini yang masih belum menerima janji temu suntikan vaksin COVID-19 supaya mendapatkan suntikan vaksin dengan kadar segera.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penduduk yang belum mendapatkan suntikan vaksin berkenaan boleh dilakukan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam berdekatan dengan cara ‘walk-in’ atau panggilan MySejahtera.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan populasi dewasa

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar


Katanya, mengikut rekod seramai 74,910 penduduk dewasa di negeri ini yang masih belum menerima janji temu suntikan vaksin COVID-19.

Katanya, perkara yang sedang berlegar dalam kalangan anggota Jawatankuasa Menangani Krisis COVID-19 Terengganu ialah kadar vaksinasi membabitkan tiga daerah itu di Daerah Besut, Setiu dan Dungun adalah rendah.

Menurutnya, agensi kerajaan di daerah-daerah berkenaan sudah mencari seramai mungkin individu yang belum divaksin berdasarkan data yang ada, tetapi gagal dikesan di mana mereka berada.

Menteri Besar berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mereka mungkin berada di negeri lain berikutan migrasi pekerjaan atau telah menerima vaksin di daerah lain (tetapi tidak direkodkan).


Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Khairy Jamaluddin meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Terengganu


“Apapun agensi kerajaan terlibat seperti pejabat kesihatan daerah, pejabat tanah dan daerah dan jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung (JPKK) telah diarahkan untuk mencari mereka,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri berkata, kadar vaksinasi lengkap dalam kalangan populasi dewasa Terengganu kini sudah mencecah 70 peratus.

Jelasnya, seramai 90 peratus individu dewasa di negeri tersebut pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.

“Sehubungan itu, kita menyasarkan 90 peratus populasi dewasa Terengganu akan melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 dalam tempoh tiga minggu lagi," tambahnya. - KitaReporters


5
18
2
11
0
You will be interested

Video| Terima kasih kongsi tip! Agar reban ayam tiada lalat, kurang berbau! Hanya guna sekam padi!

Seorang penternak ayam telur berkongsi tip elak reban berbau dan didatangi lalat.
Zul Akmar Jamaludin in Alam & Sains 1 week ago

Video| Wanita terkejut! Kapasiti elektrik di Malaysia unlimited! Di Indonesia kena ikut harga dibayar!

Kejutan budaya perbezaan daya kapasiti watt elektrik tenaga elektrik video tular Malaysia Indonesia berbayar dibayar penggunaan berbayar tiada had ada had
Zul Akmar Jamaludin in Alam & Sains 3 weeks ago

Video| Harimau kumbang berjaya diperangkap! Guna umpan kambing! Felda Lasah di Sungai Siput Utara!

Harimau kumbang diperangkap terperangkap ditangkap Felda Lasah Sungai Siput Utara Perhilitan Perak ladang kelapa sawit peneroka perangkap pekerja ladang kebun
Abdul Razak Din in Alam & Sains 1 month ago

Perubahan di benua Antartika beri kesan kepada Malaysia! Rakyat perlu sedar kesan perubahan iklim!

Benua Antartika Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC) Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM)
Mohammad Ishak in Alam & Sains 1 month ago