Alam & Sains 17 Aug, 2020

Nak tahu rahsia angka 20.20.20? Formula jaga kesihatan mata!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Pada abad ke-21 ini, angka 2020 nampaknya membawa satu norma baharu kepada kehidupan manusia apabila tularnya wabak COVID-19 yang sudah lebih lima bulan menghantui rakyat seluruh dunia. Tetapi tahukah anda 2020 juga merupakan angka yang bermanfaat untuk kesihatan mata. Bagaimana? - KitaReporters

Gambar hiasan


Lagi cerita-cerita berkaitan kesihatan:

https://kitareporters.com/search?search=kesihatan


Sebelum menjawab pertanyaan itu, umum pasti sedar yang gaya hidup pada era teknologi moden ini menuntut kita sering berhadapan dengan peralatan seperti telefon pintar, komputer mahu pun televisyen.

Ekoran itu, rutin harian yang banyak menggunakan tugasan di hujung jari serta sering berhadapan dengan skrin tentu sekali sedikit sebanyak memberi kesan pada mata.

Tidak terhenti di situ sahaja, balik ke rumah, mata tertumpu pula pada skrin televisyen sambil tangan masih tidak lekang dengan ‘bermain’ telefon bimbit atau pun komputer riba.



Sebahagian daripada komen netizen perihal masalah mata.


Dan tanpa anda sedar, keadaan itu menyebabkan mata terdedah kepada berlebihan pencahayaan biru mengakibatkan kesukaran untuk tidur, menjejaskan memori, merosakkan retina, kesukaran belajar, risiko kemurungan, kegemukan dan kanser.

Menurut laporan dari Facebook Kesihatan Awam Malaysia (Public Health Malaysia atau PHM), sinaran biru mampu mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan malah mungkin boleh menyebabkan katarak pada mata. 

Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah berkenaan, PHM mencadangkan agar orang ramai mengamalkan tips berdasarkan kepada angka 20.20.20. Apa dia 20.20.20 itu?



Ia amat mudah untuk diingati dan dipraktikkan menggunakan tiga amalan seperti:

  • Setiap 20 minit, hentikan melihat skrin komputer, telefon pintar dan televisyen
  • Lihat objek sejauh 20 kaki dan
  • Selama 20 saat

Mudahkan? Apa kata anda cuba terlebih dahulu.

Jadi, pastikan jangan bila balik dari pejabat terus melabuhkan badan di atas sofa empuk berhadapan TV mahu pun mencapai telefon pintar untuk melihat WhatsApp kawan-kawan kerana inilah tabiat yang sering diamalkan generasi sekarang. 

Gambar hiasan.


Betul tak? Cuba tanya diri sendiri?

Jika itulah keadaannya hari-hari, sebaiknya anda ubah demi memastikan deria penglihatan anda itu tidak terjejas kerana mata   antara 5 deria pancaindera manusia yang paling utama selain telinga, hidung, lidah dan kulit. 

Ingat hashtag #KitaJagaKita yang sekarang ini menjadi sebutan ramai ekoran wabak koronavirus sebab siapa lagi yang lebih mengetahui diri sendiri jika bukan kita.

Apa pun. Perkongsian laman facebook PHM mengenai tips 20.20.20 itu dapat dilihat bahawa ramai yang bersetuju malah  terdapat lebih 9,500 perkongisan kembali oleh pembaca dengan tanda suka mencapai lebih 10,000 dan lebih 300 ulasan pengikut PHM, setakat 4 petang, 17 Ogos 2020. 

Antara komen-komen yang tercatat ada juga yang bertanya selama 20 saat tu tanpa kelip mata ke? Dan pertanyaan itu mendapat respons dan jawapan daripada seorang pembaca lain yang merupakan pelajar pengajian sarjana muda Optometri (Kepujian) di Universiti Segi, Kota Damansara.  

Baca komennya di bawah ini. - KitaReporters



2
3
0
1
0
You will be interested