Alam & Sains 18 Nov, 2020

Tak pakai PPE! 36 bidan maut di Indonesia angkara COVID-19!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

BIDAN merupakan antara watak terpenting dalam masyarakat kita, sama pentingnya dengan Tok Imam, Tok Mudim, Tok Penghulu dan sebagainya. Jika dahulu, kampung yang tiada bidan boleh dianggap merbahaya dan tidak maju, berbanding kampung atau mukim yang memiliki paling tidak seorang bidan. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan perubatan:

https://kitareporters.com/search?search=perubatan


Proses menyambut kelahiran bayi memerlukan ilmu dan pengalaman mendalam, silap hari bulan, anak boleh lemas atau cacat, manakala ibu pula boleh melayang nyawa jika cara menyambutnya tidak tepat.

Walaupun dunia makin maju, kepakaran bidan masih lagi ditagih, selagi mana masih ada kelahiran di muka bumi ini. Cuma, pada zaman kini fungsinya diperkemaskan lagi dengan adanya jururawat masyarakat dan pegawai-pegawai kesihatan di premis kesihatan seluruh negara.



Apabila kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang cukup bahaya ini, sektor kebidanan juga bertambah mencabar. Mana tidaknya, virus pembawa maut itu cukup mudah berjangkit waima melalui satu kali bersin, batuk mahupun sentuhan biasa.

Bagaimana pula kaedah pembidanan mampu untuk melakukan segala khidmatnya disamping dalam masa yang sama menjauhi diri dari penularan virus maut COVID-19?

Kerisauan ini bukan sekadar omong kosong atau cuma buah mulut di kedai kopi biasa. Tetapi ia benar-benar telah berlaku malapetaka yang tidak kita inggini, terutama di negara jiran Indonesia.

Apa yang terjadi di Indonesia? 

Statistik menunjukkan sudah seramai 36 bidan di sana meninggal dunia kerana dijangkiti virus maut COVID-19 ketika memberi rawatan kepada pesakit.



Pendedahan yang dibuat Ketua Umum Pengurus Pusat Ikatan Bidan Indonesia, Dr Emi Nurjasmi yang dikongsikan dalam Tribunenews itu ternyata mengejutkan ramai pihak, termasuklah negara kita.

“Tidak memakai set PPE lengkap membuatkan golongan bidan ini terdedah bahaya. Itu sebabnya saya menekankan peri pentingnya pemakaian PPE yang bersesuaian dengan prosedur operasi standard.

“Kami sangat berduka kerana peranan bidan ini penting sebagai petugas di barisan hadapan demi menurunkan angka kematian ibu dan bayi sepanjang penularan wabak pandemik COVID-19,” katanya kepada media.



Peringatan yang diberikan Dr Emi itu wajar diberikan perhatian kerana bidan adalah petugas barisan hadapan yang sentiasa berdepan dengan ramai pesakit yang mungkin tidak tahu dalam kalangan mereka yang membawa virus maut tidak nampak ini.

Kisah ini bertambah seram lagi apabila tiada sebarang tanda atau simptom ke atas diri pembawa virus maut COVID-19 ini kerana ia telah bermutasi. 

Ia menyebabkan tiada siapa tahu virus maut berkenaan telah merebak kepada siapa terutama yang berada di sekeliling kita.

Namun bersyukurlah dengan kepakaran, prosedur yang ketat dan amalan pembudayaan skop kerja yang bersistematik dalam negara kita ini telah membuatkan tiada sebarang kes positif dalam kalangan bidan.

Justeru sebagai warganegara Malaysia kita perlu yakin dengan Kementerian Kesihatan di negara ini dalam menjaga tahap kesihatan dan perubatan rakyat ke arah yang lebih baik dan terjamin. - KitaReporters


Indonesia berada di kedudukan ke-21

0
0
0
0
0
You will be interested