Alam & Sains 02 Dec, 2022

Sila siap siaga! Sila berwaspada! Banjir boleh berlaku di Terengganu pada bila-bila masa! - JPS

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Ampangan Jajar Gong Duek, Hulu Besut tempat menyukat paras air banjir di Besut


PENDUDUK di beberapa daerah di Terengganu terutama mereka yang tinggal di kawasan rendah dan mudah ditenggelami air banjir dinasihatkan sentiasa berwaspada dan bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir di negeri itu.

Ini kerana Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di beberapa kawasan di Terengganu, pada hari Jumaat 2 Disember 2022 dan Sabtu 3 Disember 2022 dan hari berikutnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bencana banjir


JPS, dalam kenyataan pada 1 Disember 2022, memaklumkan bahawa banjir boleh berlaku sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan Sungai Setiu, Sungai Dungun, Sungai Kemaman, Sungai Paka dan Sungai Besut yang kesemuanya di Terengganu

Katanya, ramalan itu adalah berdasarkan makluman ramalan hujan Jabatan Mateorologi Malaysia (MetMalaysia) dan hasil simulasi model ramalan banjir.

“Di Terengganu, beberapa kawasan berisiko banjir pada Jumaat 2 Disember 2022 adalah daerah Setiu iaitu di Kampung Che Mohid, Sekolah Kebangsaan Kampong Besut dan kawasan sekitarnya mulai jam 5 petang.

"Manakala Kampung Permaisuri, Kampung Nyatoh dan kawasan sekitarnya bermula pada jam 8 malam," menurutnya dalam satu kenyataan JPS mengenai Amaran Banjir Negeri Terengganu dalam laman Facebook rasminya pada 1 Disember 2022.


Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu memunggah keperluan barangan bantuan kepada mangsa banjir


JPS juga meramalkan banjir akan berlaku di Dungun iaitu di sekitar Kampung Wa dan daerah Kemaman pula di sekitar Sungai Pinang pada 2 Disember 2022.

"Kejadian sama turut berlaku di kawasan daerah Besut, Rumah Pam Pelagat dan Daerah Paka di Kampung Luit serta kawasan sekitarnya

“Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan," tambah kenyataan tersebut.

Amaran tersebut dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir. - KitaReporters


Barangan keperluan untuk mangsa banjir di Pulau Perhentian, Besut

11
16
2
13
4
You will be interested