Alam & Sains 10 Feb, 2023

Video| Kejadian ganjil sebelum gempa Turkiye! Bentuk awan seperti UFO! Burung, anjing berlagak aneh!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

AWAN mirip UFO dikatakan muncul di awan angkasa Trkiye, kira-kira dua minggu sebelum berlaku gempa bumi kuat di Turkiye dan Syaria pada 6 Februari 2023. - Kredit foto : Reuters


Kredit foto: Reuters


BEBERAPA fenomena alam yang aneh termasuk awan berbentuk UFO tergantung di atas awan dikatakan berlaku di beberapa tempat di Turkiye sekitar dua minggu sebelum kejadian gempa bumi kuat menimpa negara itu pada 6 Februari 2023 lalu. 

Awan tersebut yang seakan-akan mirip sebuah UFO dan berwarna oren bata itu dikatakan sebelum itu tidak pernah muncul di awan di Turkiye.

Awan tersebut berbentuk bujur dan seperti berlubang di tengah-tengahnya dan kejadian itu sempat dirakam orang ramai yang menyaksikannya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kejadian ganjil


Dipetik dari laman Voxnews dan BBC menerusi Bisnis.com pada 8 Februari 2023 berkata pada 20 Januari 2023, muncul fenomena awan yang ganjil itu sebelum ini tidak pernah berlaku yang dilaporka telah menimbul kebimbangan dalam kalangan orang ramai di Turkiye.

Video dan gambar yang dilihat aneh itu tersebar dan tertular di seluruh dunia dan ramai pengguna media sosial mengatakan bahawa awan tersebut seperti UFO.

Namun, Jabatan Meterologi Turkiye melaporkan faenomena mengejut itu hanyalah sementara akibat tiupan angin kencang serta kelembapan udara.


Kredit foto: Reuters



Awan itu terjadi dengan penampilannya yang melengkung seperti piring terbang dan ia boleh dilihat di ketinggian 2,000 meter dan 5,000 meter. 

Pembentukan awan itu juga dapat dijumpai apabila dua jisim udara bertentangan dan bertembung menyebabkan bahagian paling panas naik dan udara sejuk mengambil peranan sebagai halangan mekanikal.


KEADAAN sebuah kediaman yang terjejas teruk akibat gempa bumi kuat di Tenggara Turkiye. - Kredit foto: Twitter 


Dalam kejadian gempa bumi yang melanda berhampiran sempadan Turkiye dan Syria  pada Isnin, 6 Februari 2023 lalu, lebih 13.5 juta penduduk terkesan akibat tragedi itu.

Setakat tanggal 9 Februari 2023), gempa bumi berukuran 7.8 magnitud pada skala Richter di dua negara terbabit berlaku pukul 4.17 pagi telah mencatatkan lebih 19,000 orang terkorban dan ia dijangka meningkat lagi dalam tempoh sehari dua nanti.


WANITA ini menangis melihat sisa rumahnya yang runtuh akibat gempa bumi melanda di Hatay, Turkiye. - Kredit foto : Reuters


Ketika tragedi itu, orang ramai dikatakan sedang lena tidur dan terperangkap apabila rumah kediaman mereka runtuh akibat gegaran kuat gempa itu.

Daripada jumlah kematian tersebut termasuk 16,170 orang (Turkiye) dan 3,000 orang (Syria).

Gempa yang terjadi ketika musim sejuk ini turut mencederakan berpuluh-puluh ribu orang dan memusnahkan lebih 6,500 bangunan runtuh termasuk kediaman, sekolah dan hospital.  

Kebanyakan mereka yang hilang tempat tinggal terpaksa berkhemah di kawasan parkir pasar raya, masjid, pinggir jalan dan di tengah-tengah kawasan runtuhan. 


PASUKAN Penyelamat mencari mangsa dalam runtuhan bangunan. - Kredit foto: AP


Selain fenomena awan berbentuk UFO itu, turut berlaku kejadian ganjil sebelum dua minggu gempa terburuk itu ialah dapat dilihat beribu-ribu ekor burung gagak berterbangan tanpa arah di awangan dalam keadaan mencurigakan di kawasan yang terjadi gempa bumi.

Menerusi video yang dimuat naik dalam laman sosial terlihat sekawan besar burung gagak bertaburan di langit dengan suara kicauan tidak menentu kemudian haiwan itu berkumpul di beberapa pokok di Kota Turkiye. - KitaReporters


11
18
0
10
0
You will be interested