Alam & Sains 30 Aug, 2024

Video| Nak layur daun pisang? Guna seterika! Microwave pun boleh! Jangan gaduh! Pilih yang mana suka!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Makanan tradisional orang Melayu kebanyakannya mempunyai kaedah pembungkusan tersendiri. Manakala bahan yang digunakan sudah tentulah bahan-bahan alami seperti daun pisang. Selain mudah didapati, daun pisang juga membangkitkan aroma tersendiri makanan yang dibungkus menggunakannya.

Antara makanan tradisional Melayu yang menggunakan daun pisang sebagai kaedah pembungkusan ialah nasi lemak, nasi dagang, kuih tepung pelita, tepung bungkus dan bermacam-macam lagi.

Namun, untuk menggunakan daun pisang ada cara yang perlu dibuat terlebih dahulu bagi memastikan ia tahan lasak. Daun pisang perlu dilayur dengan api terlebih dahulu untuk memastikan aromanya keluar dan tidak mudah koyak. Daun pisang yang sudah dilayur, akan menjadi lebih lembut dan tidak mudah koyak.



Namun, seiring zaman dan teknologi, pengguna kini menjadi lebih kreatif. Pelbagai kaedah digunakan untuk melayur daun pisang selain menggunakan api. 

Kaedah yang dianggap pantas serta menjimatkan masa. Masih kekal menggunakan daun pisang, namun teknik melayur kini menggunakan seterika, ketuhar gelombang mikro (microwave oven), mencelur dan pelbagai cara lagi.

Perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai ILK tentang penggunaan seterika untuk melayur daun pisang, menarik perhatian ramai. Pelbagai reaksi dapat dilihat dalam kalangan netizen.

"Kita ubah cara layur daun pisang," tulisnya ringkas.



Dalam video yang dikongsi, kelihatan ILK sedang melayur daun pisang menggunakan seterika. Daun pisang tersebut digunakan untuk membungkus kuih tepung bungkus yang dijualnya. 

Menurutnya, ini merupakan cara terbaharu yang lebih mudah dan pantas.

Seperti biasa, ada yang setuju dan sebaliknya mengenai kaedah tersebut. Malah, ada netizen mendakwa cara tersebut boleh meningkatkan kos elektrik.

"Jenuh nak bayar duit elektrik pula," katanya.



Sementara itu, ada juga netizen yang berkongsi kaedah lain untuk melayur daun pisang. Kaedah tersebut hanya menggunakan ketuhar gelombang mikro atau rebus.

"Akak masuk microwave je dalam 15 hingga 20 helai sekali masuk untuk satu hingga dua minit. Kejap siap 100 helai kalau masukkan dalam lima hingga enam kali," katanya.



Dapat dilihat pelbagai komen dan reaksi netizen. Ada yang rasa cara mereka sahajalah yang betul. 

Tak salah berkongsi pendapat tetapi janganlah sampai menggunakan ayat yang boleh menggores hati orang lain. Kita raikan sahaja perbezaan itu. 

Sekurang-kurangnya ramai dapat tahu pelbagai kaedah kreatif untuk melayur daun pisang selain menggunakan api. 

Terserah empunya diri untuk menggunakan kaedah apa sekalipun. - KitaReporters


11
12
0
15
0
You will be interested