Alam Canggih 12 Aug, 2022

Video| King dah naik pangkat! Perodua Myvi jadi kereta peronda polis? Siaplah semua! Berdesut kejar!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


Perkongsian video seorang pengguna media sosial mengenai sebuah kereta tempatan jenama Perodua Myvi yang dikenali sebagai “King of Road” kelihatan mempunyai logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali gus undang persoalan orang ramai.

Video yang dimuat oleh pengguna media sosial yang bernama @infodashcam menunjukkan kereta ikon tersebut yang dibawa naik di atas trak lori yang membawa kereta mempunyai pelekat PDRM, maka menimbulkan spekulasi dalam kalangan orang ramai sehingga meraih lebih sejuta tontonan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Perodua Myvi


King sudah naik pangkat,” ujarnya ringkas dalam laman aplikasi TikTok itu.

Rata-rata orang ramai dalam media sosial berasa teruja meskipun tiada kenyataan rasmi dibuat oleh pihak PDRM sambil berseloroh pihak polis akan dapat membanteras penjenayah dengan lebih cepat disebabkan kelajuan kereta terkenal tersebut.



“Jenuh nak lari lepas ini. Bila King dah jadi kereta peronda polis. Dia punya kelajuan memang tak boleh bawa bincang,” kata @AnasNazri87.

”King tidak pernah tidak hebat sekarang naik pangkat. Hebat King sudah join PDRM,” ujar @carinakarina.

“Akhirnya bakat King diguna dengan baik. Tidak sia-sia tunjuk bakat selama ini,” tambah @Idop. - KitaReporters


15
7
0
14
0
You will be interested

iPhone 14 vs iPhone13! Eve Jobs, puteri mendiang Steve Jobs bahankan iPhone 14! Sama tapi tak sama!

Pandangan anak pengasas bersama Apple, mendiang Steve Jobs iaitu Eve mengenai perbezaan iPhone 14 dan iPhone 13 dilihat cuba bahankan keluaran terbaharu Apple

Jom ramai-ramai undi! SK Kempadang, Kuantan tersenarai finalis! Anugerah Sekolah Terbaik Dunia!

SK Kempadang, Kuantan tercalon sebagai 3 finalis Anugerah Sekolah Terbaik Dunia bagi kategori inovasi untuk rebut hadiah berjumlah RM229,000 (AS$50,000) tunai
Nur Ain Darwishah in Alam Canggih 1 day ago

Video| Malulah oii! Pelancong asing boleh tolong kutip sampah! Kita pula buang sampah merata-rata!

Tular video seorang pelancong kutip sampah di Kuala Lumpur. Video itu sepatutnya buat kita berasa malu kerana warga asing itu punya sifat kebersihan yang tinggi
Hariyati Ariffin in Alam Canggih 5 days ago

Keluarga Malaysia akan terus dapat akses kepada bekalan tenaga yang terjamin! Pada harga mampu bayar!

Kerajaan terus bersikap prihatin dan beri jaminan bahawa Keluarga Malaysia akan terus dapat akses kepada bekalan tenaga yang terjamin pada harga mampu bayar -PM
Editor 1 in Alam Canggih 6 days ago

Video| Lebuh raya SUKE: Ramai suka! Pemandangan cantik! Cepat dan selesa! Tanjakan helikoid pertama!

Fasa pertama Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sejauh 16.6km dibuka secara rasmi kepada pengguna-pengguna jalan raya tanpa tol selama sebulan
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 1 week ago