Alam & Sains 19 Oct, 2022

Video| Warga emas terbabit operasi culik kucing! Dah kenapa pulak? Untuk dibawa pulang dan dirawat!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Kucing ialah haiwan peliharaan yang cukup sinonim untuk dibelai dan diberi kasih sayang oleh pengemar haiwan kerana manja dan sangat comel.

Ini juga kerana kucing ialah haiwan yang paling senang untuk didapati, ianya boleh dibeli ataupun mengambil kucing tanpa tuan untuk dijaga dan dirawat dengan baik.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kucing-kucing


Tular sebuah kisah seorang warga emas yang dilihat meletakkan kucing ke dalam plastik untuk dibawa pulang sehingga menjadi bualan netizen.

Video yang tular dalam TikTok ini dapat dilihat beliau sedang berjalan sambil memegang beg isi plastik yang mempunyai isi.

Ternyata beg plastik ini berisi seekor kucing yang diambilnya di sekitar kawasan pasar borong, Jerantut, Pahang. 



Rata-rata netizen yang melihat video berasa pelik kerana beliau mengambil kucing ini dan diletakkan di dalam plastik. 

Namun dalam video kedua, ternyata kucing yang diambil ini sedang sakit dan beliau akan merawat haiwan ini di rumahnya

Netizen sangat terharu akan tindakan warga emas ini dan memuji tindakannya ini yang membawa kucing itu pulang ke rumah untuk dijaga dan dirawat dengan penuh kasih sayang. - KitaReporters



11
18
0
14
0
You will be interested