Alam & Sains 18 Feb, 2020

POWERRR!! GULA-GULA TENAGA ADA UBAT "KUAT"

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
KINI ramai yang berminat dengan gula-gula tenaga kerana dipercayai boleh menambahkan ‘kuasa’ kepada si pemakan. Namun tahukah kita gula-gula berkenaan bukan sahaja merbahayakan kepada kesihatan, tapi lagi parah mengandungi bahan-bahan terlarang. : KitaReporters.com

Menurut Kementerian Kesihatan, gula-gula tenaga dipercayai memiliki kandungan racun berjadual yang boleh membahayakan kesihatan. 


Aduiii… apa nak jadi dengan kita semua, banyak lagi makanan lain, yang terlarang tu juga yang dicari!!

Produk yang terlibat adalah ExtrAli Energy Candy, Extra Strong Energy Candy dan Mixed Fruit Candy.

Kementerian Kesihatan menerusi kenyataan media pada Isnin, 18 Februari 2020, mendapati hasil analisis makmal ke atas produk Energy Candy yang dipercayai diimport disahkan mengandungi racun berjadual.

Racun yang dinamakan tadalafil iaitu bahan yang dilarang penggunaannya dalam makanan di bawah Akta Makanan 1983.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tadalafil adalah ubat terkawal yang digunakan dalam merawat pesakit yang mengalami masalah Erectile Dysfunction (mati pucuk).

“Ubat ini hanya boleh diberikan kepada pesakit di bawah pemantauan ahli profesional kesihatan berdaftar.

“Penyalahgunaan tadalafil tanpa pengawasan boleh menyebabkan komplikasi pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat yang berbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung,” katanya.

Alamak… ubat mati pucuk boleh dijadikan gula-gula… ni parah namanya!

Ujian makmal itu dilakukan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan tularnya produk Energy Candy (gula-gula tenaga) yang didakwa mengandungi bahan terlarang itu.

KEMENTERIAN kesihatan melarang orang ramai membeli dan mengambil produk berkenaan. - Foto FB Kementerian Kesihatan Malaysia.


Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan melarang dan menasihati orang ramai agar tidak membeli atau memakan produk ‘gula-gula tenaga’ berkenaan.

Malah, larangan pengimportan telah dikeluarkan serta merta sambil memberi amaran kepada sesiapa yang masih menyimpan stok produk ini agar menghentikan pengedaran dan penjualan termasuk jualan dalam talian.

“Sekiranya telah membeli, tidak memakannya dan mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers,” katanya.

Pihak kementerian, kata Dr Noor Hisham, sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. - KitaReporter.com

2
15
4
0
0
You will be interested