PANDANGAN jauh ukiran permaidani menyerupai permaidani sebenar yang dihamparkan di ruang tamu atau bilik sebagai pelengkap hiasan di kediaman.
Agak luar biasa bakat yang dimiliki wanita dari Sepanyol ini.
Bukan semua orang memiliki kreativiti sepertinya yang mampu menghasilkan ukiran halus menyerupai permaidani yang terbentang cantik di ruang tamu. Sesiapa yang melihat hasil lakaran itu tentu kagum dan bangga.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan ukiran:
https://kitareporters.com/search?search=ukiran
HASIL TANGAN Selva Aparicio menyerupai permaidani yang dihasilkan di lantai kayu. - Kredit Foto mymodernmet.com
Apa tidaknya, permaidani yang dihasilkannya bukan biasa-biasa seperti yang banyak dijual dalam pasaran hari ini.
Tetapi wanita yang kini bekerja di Chicago, Amerika Syarikat (AS) mampu mencipta kelainan dengan mengukir permaidani dengan pelbagai gabungan corak di lantai kayu.
Selva Aparicio seorang artis mencuri perhatian ramai apabila berjaya melakukannya.
Hebat kan? Dah tak perlu fikir nak tukar permaidani setiap tahun.
Selva Aparicio memiliki kebolehan luar biasa dalam menghasilkan ukiran halus.
Sekali pandang hasil tangannya menyerupai permaidani yang terhampar cantik di ruang tamu dengan pelbagai corak namun apabila didekati ia merupakan ukiran halus yang dihasilkannya sendiri.
Pasti memerlukan kerja-kerja yang teliti untuk menyiapkan hasil kerja berkenaan.
“Permaidani biasanya boleh diubah-ubah kedudukan tapi uniknya permaidani saya ini pula langsung tidak boleh bergerak,” katanya yang dipetik portal odditycentral.
KEMAS dan memerlukan kecekapan serta penelitian dalam menghasilkan ukiran permaidani ini di lantai.
Katanya lagi, dia telah memperuntukkan beberapa hari untuk menyiapkan hasil kerja untuk menggabungkan pelbagai corak serta menyerupai reka bentuk permaidani tradisonal Parsi.
Mesti seronok jika diberi peluang memiliki permaidani istimewa itu tak perlu pening lagi memikirkan untuk mengganti yang baharu setiap tahun. - KitaReporters
Kredit foto: Instagram Selva Aparicio