Alam & Sains 28 Oct, 2020

Ular kecil berkepala dua! Kucing bawa pulang untuk bermain!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

KUCING adalah seekor haiwan yang manja dan sering dipelihara oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama kerana binatang itu mudah dijinak dan tidak mengancam keselamatan pemiliknya. Di Florida, Amerika Syarikat, bukan sahaja kucing itu manja tapi turut manja dengan haiwan lain sehingga membawanya pulang ke rumah tuannya. : KitaReporters

ULAR mempunyai kepala dua yang ditemui di Palm Harbor, Florida, Amerika Syarikat.


Hal ini amat mengejut orang ramai di seluruh dunia apabila kejadian itu berlaku di Palm Harbor, Florida selepas seekor kucing kesayangan keluarga Kay Rogers ditemui sedang bermain dengan seekor ular berwarna hitam berkepala dua yang saiznya kecil di ruang tamu rumahnya pada September 2020 lalu.


 


Menerusi halaman Facebooknya, Kay Rogers berkata pada mula dia amat terkejut melihat kucing pemainan anak perempuannya yang dipanggil dengan nama Olive sedang bermain dengan haiwan yang mempunyai kepala dua itu. 

``Ketika anak saya bagi tahu pada saya bahawa Olive sedang bermain dengan seekor ular berkepala dua sememangnya saya tidak percaya kerana setahu saya dan saya pernah melihat reptilia seumpama itu hanya mempunyai satu kepala sahaja. 

``Tetapi apabila saya pergi ke ruang tamu memang betul apa yang diceritakan oleh anak saya itu dan saya melihat Olive sedang mesra bermain dengan ular itu, ‘’ katanya kepada WKMG-TV sebagaimana dilapor oleh portal berita UPI.



 

Kredit foto: FB Kay Rogers


Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar, Institut Penyelidikan Ikan dan Hidupan Liar (FWC) Florida mengakui penemuan haiwan  itu yang dinamakan Dos oleh anak Kay Rogers adalah ganjil kerana sebelum ini ia  jarang diketemui.  

Menurut agensi itu, fonomena tersebut dipanggil bicephaly dipercayai boleh berlaku ketika perkembangan embrio apabila dua monozigot kembar itu gagal berpisah yang akhirnya meninggalkan dua kepala dalam satu badan di ular berkenaan. 

FWC dalam hantaran Facebooknya berkata, spesis itu tidak mampu bertahan lama serta pergerakannya tidak begitu kuat sekiranya ular itu berada di luar kerana kehidupannya hanya bergantung kepada sepasang otak yang boleh menyusahkannya untuk  mencari makanan. - KitaReporters


4
4
4
0
1
You will be interested