Alam & Sains 06 Oct, 2020

Jemaah akur! Masjid Ulul Albab Jertih diarah tutup sementara

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

JEMAAH Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jertih, Terengganu terpaksa akur apabila mereka tidak dibenarkan menjalankan aktiviti agama termasuk solat fardhu dan kuliah selepas pihak berkuasa mengarahkan tempat ibadah itu ditutup sementara kerana ada kaitan dengan individu disahkan positif COVID-19. : KitaReporters 

Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jertih, Terengganu diarah tutup oleh pihak berkuasa


Lagi cerita-cerita berkaitan COVID-19:

https://kitareporters.com/search?search=covid-19


Penutupan berkuat kuasa 6 Oktober 2020 hingga 9 Oktober 2020 bertujuan melakukan kerja-kerja nyahcemar berikutan kebimbangan pihak berkuasa bahawa premis itu dikhuatiri ada gejala COVID-19

Difahamkan kerja pembersihan masjid itu mempunyai kaitan dengan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengesahkan dirinya positif COVID-19 pada semalam, Isnin 5 Oktober 2020.

 Kerja-kerja nyahkuman di Masjid Ulul Albab Jertih sedang dilakukan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia


Pada 24 September 2020 lalu, Zulkifli dilaporkan berada di Sabah untuk menghadiri beberapa program dan pulang ke Kuala Lumpur sebelum menjelajah ke Kelantan dan Terengganu.

Dr Zulkifli pada 25 September 2020 berada di masjid tersebut untuk menunaikan solat Jumaat bersama penduduk di Kampung Seberang Jertih yang menempatkan masjid terkenal itu. 

Selain membaca khutbah, bersalaman dengan jemaah, Dr Zulkifli juga sempat bergambar kenangan dengan jemaah yang hadir pada hari tersebut. 

Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia merentang tali kuning melarang masuk ke masjid 


Notis penutupan Masjid Ulul Albab Seberang Jertih oleh Pejabat Kesihatan Daerah Besut


Notis penutupan operasi masjid tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Besut pada 6 Oktober 2020. 

“Perintah larangan itu terpakai untuk semua aktiviti keagamaan seperti solat berjemaah, kuliah agama dan majlis akad nikah sepanjang tempoh berkenaan.,” kata kenyatan itu.

 

Pemberitahuan penutupan Masjid Ulul Albab Senerang Jertih oleh Pejabat Agama Daerah Besut


Bagaimanapun, kelonggaran hanya diberikan kepada bilal yang bertugas bagi melaungkan azan lima waktu

Menurut notis pemberitahauan tersebut, masjid tersebut akan dibuka semula kepada orang ramai untuk solat Jumaat pada 9 Oktober 2020. - KitaReporters

0
0
3
1
0
You will be interested