Alam & Sains 21 Nov, 2020

Dapat ganti rugi! 23 pemilik kereta isi minyak bercampur air

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

SEBANYAK 23 buah kereta yang mengalami kerosakan selepas mengisi petrol RON95 di sebuah stesyen minyak Kampung Anak Ikan dekat Jertih,Terengganu yang didakwa bercampur air sudah mendapat ganti rugi daripada pihak pengusaha stesyen terbabit. : KitaReporters


Pemilik stesyen minyak Petron di Kampung Anak Ikan, Besut mengalami kerugian besar selepas tangki penyimpan minyak dimasuki air hujan


Lagi kisah-kisah berkaitan stesen minyak:

https://kitareporters.com/search?search=stesen+minyak


Pemilik stesyen terbabit terpaksa membayar RM4,798 kepada semua pemilik kenderaan yang terbabit dalam kejadian mengisi petrol mengandungi air di stesyen itu pada Rabu 18 November 2020.  

Selain itu, pengurusan stesen minyak terbabit juga terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM11,000 kerana tidak dapat beroperasi ketika proses mencuci tangki dan pengasingan air menjadikan jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM15,798


 

Penguat Kuasa KPDNHEP membuat pemeriksaan terhadap tangki penyimpan minyak yang dimasuki air hujan


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan media pada 20 November 2020 juga turut mengesahkan kejadian itu berpunca daripada salah satu tangki yang menyimpan bahan api RON95 dimasuki air akibat hujan lebat. 

Bertindak atas dakwaan yang tular dalam media sosial berkaitan sebuah stesen minyak di daerah ini Besut yang dikatakan menjual petrol RON95 bercampur air pihak KPDNHEP menghantar tiga anggota penguat kuasa bagi menjalankan siasatan berhubung aduan berkenaan. 


Kenyataan Media KPDNHEP mengenai isu stesyen minyak yang menjual minyak bercampur air hujan


Ketua cawangannya, Azani Ismail berkata, hasil siasatan mendapati satu tangki yang menyimpan bahan api RON95 di stesen minyak tersebut terbukti bercampur dengan air akibat hujan lebat.  

Katanya, pengurus stesen minyak itu mula menyedari kejadian berkenaan sekitar jam 8.30 pagi pada hari kejadian (Rabu 18 November 2020) setelah menerima aduan daripada pengguna dan segera memberhentikan operasi.



Menurut Azani, pihak pengurusan  stesen minyak itu juga memaklumkan semua pengguna yang mengisi petrol RON95 di premis itu bermula jam 7 pagi hingga 8.30 pagi pada hari kejadian boleh membuat tuntutan. 

Berikutan kejadian berkenaan, pihak pengurusan stesen minyak telah memohon maaf kepada pengguna dan akan memastikan kejadian seperti itu tidak berulang. 


Penguat Kuasa KPDNHEP menjalankan siasatan terhadap kejadian tangki minyak dimasuki air hujan: - Kredit gambar: Ihsan KPDNHEP


Pihak KPDNHEP mengalu-alukan kerjasama daripada para pengguna untuk menyalurkan sebarang maklumat salah laku atau aduan melalui saluran yang disediakan bagi memastikan para peniaga sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. - KitaReporters

12
3
3
0
2
You will be interested