
PENGGUNAAN katil di wad ICU pesakit Covid-19 kini berada dalam keadaan penuh dan mencapai 125 peratus. - Kredit foto: Astro Awani
KADAR penggunaan katil wad Unit Rawatan Kritikal (ICU) pesakit Covid-19 di Lembah Klang kini mencapai 125 peratus hingga Selasa, 18 Mei 2021.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Ketua Pengarah
Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kadar keseluruhan penggunaan katil
ICU pesakit Covid-19 di seluruh negara pula mencecah 74 peratus.
Manakala Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah,
Sarawak, Negeri Sembilan mencatatkan penggunaan katil Covid-19 ICU melebihi 80
peratus.
"Hospital Covid-19 telah meningkatkan jumlah katil ICU yang diperuntukkan untuk pesakit Covid-19 dengan mengubah semula fungsi (repurpose) wad biasa.
"Bagaimanapun, ini juga mengurangkan peluang pesakit bukan Covid-19 untuk mendapatkan rawatan kritikal yang diperlukan." kongsinya menerusi Facebook miliknya, pada Rabu, 19 Mei 2021.
Beliau menegaskan peningkatan kes-kes secara mendadak kebelakangan ini telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara dan adalah menjadi tanggungjawab bersama semua untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Sehubungan itu, Dr. Noor Hisham dalam masa sama menyeru supaya seluruh
rakyat di negara ini terus dengan SOP yang ditetap dan kekal berada di rumah
jika tiada urusan penting di luar.
Tegas beliau rakyat adalah barisan hadapan yang amat
penting pada ketika ini dan diharap untuk terus patuh duduk di rumah sekiranya
tiada urusan penting di luar.
"Kita tiada pilihan lagi, kita mesti jaga kita!," katanya. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

SENARAI penggunaan katil Covid-19 ICU di hospital-hospital seluruh negara. - Kredit foto: Facebook Dr. Noor Hisham Abdullah.