Alam & Sains 15 May, 2025

Amalan mampan kawalan tikus ladang sawit! Envu, USM meterai MoU! Barn Owl and Rodent Research Group!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: awangani@gmail.com

Share this

Lee Teck Peng (dua dari kiri) bertukar dokumen MoU dengan Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed di USM pada 13 Mei 2025.


Pengurusan tikus secara mampan dan kawalan berasaskan ekologi perlu bagi menyokong industri kelapa sawit Malaysia. Untuk itu, syarikat Envu Malaysia telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Sains Malaysia (USM) bagi menzahirkan kerjasama jangka panjang bagi memperkukuh amalan kawalan tikus secara mampan melalui penyelidikan gunaan dan pengesahan lapangan.

Kerjasama itu menggabungkan kepakaran Envu dalam pengurusan perosak profesional dengan kepakaran akademik USM, khususnya menerusi Barn Owl and Rodent Research Group (Kumpulan Penyelidikan Burung Hantu dan Tikus atau BORG), kumpulan penyelidikan khas di bawah Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat, USM.

Kedua-dua organisasi ini akan membangunkan dan mempromosikan amalan terbaik bagi menangani cabaran pengurusan tikus di kawasan perladangan dan perbandaran.

“Kerjasama ini dibina atas asas kukuh dan mencerminkan komitmen bersama kami untuk menyediakan penyelesaian berasaskan sains yang disahkan secara tempatan,” kata Pengarah Urusan Envu Malaysia dan Negara Eksport, Lee Teck Peng dalam kenyataan media pada 13 Mei 2025.

Naib Canselor USM Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed menandatangani MoU itu bagi pihak USM.


Ir Dr Abdul Rahman Mohamed (dua dari kiri) menunjukkan dokumen MoU


Menurut beliau, dalam sektor seperti perladangan kelapa sawit, yang berdepan tekanan perosak dan kekurangan tenaga kerja, kerjasama ini membolehkan pihaknya menyokong pelanggan dengan alatan yang berkesan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

“Kerjasama terdahulu antara Envu Malaysia dan BORG telah memfokuskan kepada pembangunan dan pengesahan lapangan produk Racumin Wax Block keluaran Envu iaitu rodentisid generasi pertama yang direka untuk digunakan di perladangan kelapa sawit dan juga di kawasan bandar.

“Kerjasama ini turut meneroka strategi umpanan berganda yang inovatif menggunakan Racumin Wax Block, dengan hasil awal yang memberangsangkan. 

"Pendekatan ini membuktikan kaedah praktikal untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja, membolehkan pasukan perladangan memberi tumpuan lebih kepada aktiviti penyelenggaraan penting lain,” katanya.


Le Teck Peng (lima dari kiri) bersama Ir Dr Abdul Rahman Mohamed (empat dari kanan) bergambar selepas tandatangani MoU.


Dengan mempromosi pengurusan tikus yang lebih cekap dan mampan, usaha-usaha ini sejajar dengan komitmen Envu untuk memajukan Ruang dan Manusia yang Lebih Sihat, serta Inovasi Positif Alam Sekitar.

Berdasarkan pencapaian praktikal ini, kerjasama ini terus memperkukuh jalinan akademik-industri yang bertujuan mencapai kecemerlangan dalam pengurusan perosak secara mampan.

Selain itu, kenyataan itu menyebut, MoU ini turut memperinci peluang untuk pembangunan bersama bahan pendidikan, inisiatif latihan, serta projek penyelidikan tambahan yang menyumbang kepada amalan pengurusan perosak yang berkesan dan bertanggungjawab di seluruh Malaysia.

Menurut kenyataan itu, kerjasama ini turut menyokong perkongsian ilmu dan pembangunan bakat antara akademia dan industri. Ia merupakan satu langkah penting ke hadapan dalam menggabungkan pandangan saintifik dan kepakaran lapangan untuk menangani cabaran kawalan perosak yang semakin berkembang.

Sehubungan itu, Envu Malaysia dan USM mengalu-alukan rakan industri, penyelidik dan para inovator untuk bersama-sama membentuk masa depan pengurusan perosak secara mampan menerusi sains, kerjasama dan matlamat yang dikongsi bersama. - KitaReporters


9
18
0
7
0
You will be interested